Isnin, 22 Disember 2014

Segmen | Zaman Persekolahan | Kita Akan Terus Belajar

Bismillah..

[ Banner ]


tamat pada 31 Disember 2014

Ku adalah salah seorang yang menambah bilangan hadiah dalam segmen ni.
Hadiah apa? Klikk! sini

[ Ku Yang Dulu ^^ ]



[ 18 ]


Ku ambil petikan untuk segmen ini adalah throwback zaman sekolah rendah. Itu adalah antara era jambu yang memberi kesan kepada ku. Melalui pelbagai 'pertama' di dalam hidup. Antara yang paling diingati, waktu Darjah 4, 5 dan 6 kelas Amanah (ada ke rakan blogger yang sekelas ni?)

Agaknya sama tak pandangan ku tentang si 18 dengan kalian ya?

Ku pernah duduk depan tapi waktu Darjah 6 tu memang tak ada peluang sebab barisan depan semuanya lelaki. Maklumlah, ada 8 jejaka sahaja dalam kelas kami.

Dulu, ku agak pendiam, tidak pandai bergaul dan banyak memerhatikan orang (sampai sekarang suka perhati orang =__=") setiap kali cikgu masuk, ku akan perhatikan cara dia berjalan, buku di tangannya, melihat cara dia memegang beg dan cara dia memberi salam. Dan paling memikat hati bilamana ku melihat guru kelas kami, bertudung manis, masuk kelas dengan langkah yang semangat, melihat kerutan dahinya bila kami tak siapkan kerja sekolah.

Dari situ ku belajar, inilah peribadi yang boleh menyenangkan orang lain dan ku perlu belajar untuk berperibadi seperti itu. Dan banyak lagi contoh lain yang ku belajar sedikti demi sedikit.


Ternyata..

Guru adalah inspirasi yang paling dekat dengan seorang budak yang baru hendak mengenali dunia seperti ku. 

Bila tengok muka cikgu yang ketat, masuk kelas dengan langkah yang besar-besar, cara dia menghentakkan timbunan buku di atas meja dan memandang kami dengan pandangan helang.. uhh.. kecut perut budak-budak macam ku ini. Tapi, rasanya budak sekarang, guru lebih takutkan murid brbanding murid takutkan guru. Betul ke?


Tapi.. kalau ku dah jumpa dengan kawan kamceng, kawan kantin, kawan perpustakaan, kawan main kat padang, haa.. automatik! Bertukar!! Jadi macam No 8 dan 9 yang mana menjadi pilihan hangat dalam segmen persekolahan ini.

-
-
-
tak cukup seorang..
pertemuan selepas 11 tahun tak berjumpa

-
-
-
Buat Sakinah, Sayyidah dan Amira..
tak sangka persahabatan kita dari darjah 4 (officially) berpanjangan sehingga ke saat ini.
13 tahun.
Bukan satu perkara yang mudah untuk kekalkan sesuatu yang sentiasa syaitan cuba hancurkan.
Ukhwah dan kasih sayang.
Dah lama tak berjumpa, semoga semuanya baik-baik sahaja.

-
-
-

Bila kita semua sudah dewasa..
Mula mengenali siapa aku, dia dan mereka..
Melangkah dengan identiti dan cita-cita tersendiri..
Bila dunia yang kecil kini mencabar akal fikiran, jiwa dan hati..
Semoga zaman persekolahan bukan hanya kenangan..
Bukan hanya di ingatan..

Kutiplah pengalaman.
Belajar dari kesilapan.
Renungi kejahatan.
Kesilapan orang lain jangan kita ulang.
Keburukan kita, kita buang.


Allah ciptakan masa..
Supaya kita boleh terus belajar..
Bukan hanya untuk masa depan bernama universiti, kerjaya, rumahtangga..
Tapi untuk sebuah kehidupan abadi yang pasti.
Kita semua akan mati.
Mati untuk hidup dengan 'masa depan' yang tiada batasan masa.

Teruslah belajar..
Walau usia sudha mencecah dewasa.. tua..
Teruslah belajar..
Walaupun sudah mencapai tahap tertinggi dalam dunia..
Teruslah belajar..
Kerana ilmu Allah itu luas..

Dari sejak kita menangis ketika dilahirkan..
Sehingga kita menangis bertemu Tuhan..
Dunia ini sebuah universiti..
Universiti Kehidupan (UK)


 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

7 ulasan:

  1. 13 tahun.. lama tu :) harap boleh tambah lagi bebelas ratus tahun lagi ye insyaAllah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. main ratus nampak ^^ aaminn.. mmg lama

      Padam
  2. selamat bersegmen :) seronok mengimbau zaman sekolah kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang seronok. benda pahit pun boleh jadi manis

      Padam
  3. good luck yer n done follow :)

    http://kameqdeanna.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    BalasPadam
  4. 13 tahun? Lamanya.. :) dtg dri segmen yang sama..

    BalasPadam
  5. tengkiu join segmen sy. jom check pemenang plak yer :)
    Senarai Pemenang Segmen

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.