Khamis, 18 Disember 2014

Terima Kasih Kak Adaa, Blogger Tengku Butang, Kak Ayu Zan

Bismillah..

bungkusan oren yg ohsem ^^

"Nah!"

"Hah!" terus terduduk ku bila Encik Q letak bungkusan putih atas muka. Nampak samar-samar tulisan oren Poslaju di plastik putih itu.

Rasa mengantuk menguasai namun ku gagah baca nama pengirim. Kabur.

Tup tup.. terlena balik sampai terbawa dalam mimpi. Mimpi belek-belek plastik putih itu. Penat bawa tetamu berjalan semalam tak habis lagi.

Bila bangun, buka mata nampak 2 parcel kat tepi bantal. Rupanya dari blogger Kak Adaa dan blogger Tengku Butang.

Oh, patutlah semalam ada panggilan dari Poslaju untuk pembetulan alamat. Alhamdulillah, 2 parcel terus.

dari dulu sampai sekarang
 tak tahu cara sebenar nak buka benda alah ni
walaupun dia tulis, sila koyak di sini.
Siap tunjuk anak panah lagi
(=___=)"

Bungkusan pertama dari Kak Adaa's Inspiration.




Eh, ada serbuk kolagen. Wah, boleh cuba ni! Sebelum ni pernah usha produk ni tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, utamakan anak dululah.

Beberapa jam sebelum terima parcel ni, ada kawan minta buat review tentang gel pengelupasan yang ku guna. Sebab untuk maintain kulit segar, tak suram dan nampak bermaya, salah satu caranya adalah dengan menggunakan skrub atau gel pengelupasan sekali atau 2 kali seminggu untuk buang sel-sel kulit mati. Memandangkan kulit muka lebih halus dan sensitif berbanding kulit di kawasan lain, ku memilih untuk menggunakan gel pengelupasan yang mana penggunaannya lebih 'smooth' berbanding menggunakan skrub yang kasar.

Jadi, dari ajet-ajet buat testimoni kat muka, ku cuba sapu pada belakang telapak tangan untuk melihat hasilnya memandangkan ku tak pernah nak skrub bahagian belakang telapak tangan ni. Dan hasilnya memang ketara! Lembut dan lebih cerah.



Gambar 'selepas' tu dalam 2, 3 minit sebelum gambar 'sebelum.' Ambil di bawah cahaya kalimantang yang sama dan posisi yang lebih kurang sama (mungkin teranjak 2-4 inci kut).

Ada pelbagai jenama gel pengelupasan di pasaran tapi ku gunakan jenama yang umi ku guna ^^ (umi yang kenalkan dengan produk ni.) Jenama Syahirah.

Lepas ambil gambar tu, mula terfikir nak cari skrub untuk badan sebab sebelum ni ku gunakan Bunga Tanjung tapi memang tak sesuai pakai bila ada suami kat rumah sebab baunya bau herba, rempah ratus macam tu. Tapi memang licin kulit dan berkesan menghilangkan parut ataupun kesan rekahan pada perut waktu mengandung (dengan pengamalan secara istiqamah/berterusan).

Alkisah, rupanya ada lagi satu hadiah dari Kak Adaa yang memang best.

Wangi sangat macam bau jem strawberi dan estrak strawberinya memang asli, siap ada biji-biji halus strawberi tu lagi. Kalau kurang waras, memang dah sapu kat roti menggantikan jem. Wangi satu bilik mandi sampai ke seluruh bilik. Betul-betul bau strawberi (^^,)

Terima kasih Kak Adaa.

Jom terjah ke blog Kak Adaa sebab kat sana banyak sangat ilmu dan tips serta panduan berguna. Blog pun kemas dan mesra pengunjung.


Parcel kedua dari Blogger Tengku Butang.



Amboi sangat! Pertama kali dapat hadiah GA yang meriah macam ni. Siap ada kertas bercetak untuk ucapan dan gambar kucing yang comel. Ku suka sangat ada sticker TB tu. Sebab benda itulah yang akan menjadi kenangan.

Dan silver ring!



Kotak baldu sangat. Kalah waktu nak kena pinang dulu.

Terima kasih BTB (O-o)v

Mesti ramai dah kenal Tengku Butang ni. Blogger yang mesra dan blog yang ceria dan entri-entri perkongsian yang best.

Oh ya!

Hari tu kan ada Blogger Kak Ayu Zan bagi tasbih. Disebabkan banyak benau tasbihnya, ku bawa pulang ke kampung tempohari. Bukan main seronok umi aby ku dapat tasbih.



Eh? Aby minat tasbih yang hitam tu.... ok, takkan nak gaduh dengan ayah, ken? Jadi ku ambil yang tasbih digital sajalah.

Terima kasih Kak Ayu ^^

Terjah blog Kak Ayu Zan ni untuk entri-entri best DIY! Ku yang pencinta DIY ni memang sukalah. Ada untuk pernikahan, tutorial, hiasan dan lain-lain!

 [ Senarai DIY ] <<---klikk!


ohhh.. dalam hati ada taman bunga-bunga dalam waktu menanti hadiah novel dari asyu dan saguhati dari Baby Ibu. ^^ oh,a da lagi! Haidah dari Blogger Nas Honey dan.. tak ingat siapa lagi.

Haa.. dah baca rasa macam AWESOME tak? Mereka semua ni blogger yang jujur dan amanah. Jadi jom join mana-mana segmen atau giveaway sebagai tanda sokongan. Jangan malas nak ikut syarat sebab hadiahnya berbaloi. Sebuah ukhwah ^^

Siapa nak kupon ni? Kita ni mak orang, pergi bagi kupon untuk student (T_____T) tamat 31 Disember 2014. Membazir buat jeruk dalam almari.




Jom tengok budak comel ni, dah berumur setahun! Klikk!

Psstt.. nak cari oven apa ya yang tahan lama?

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

13 ulasan:

  1. tahniah..
    banyaknya dapat hadiah
    murah rezeki

    BalasPadam
  2. wah untung banyak adiah dia dapat :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuah ayam nampak di kaki.. tuah blogger nampak di GA ^^

      Padam
  3. tahniah jugak,,macam best je gel pengelupasan tu..macam nak try je,,hehe

    BalasPadam
  4. wow! banyak dapat hadiah! jeles akk ngk! bak satu blh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau jiran sebelah, dah bagi dah ^^

      Padam
  5. @mama3farhanah @alieya terima kasih ^^

    BalasPadam
  6. hadui seronoknye byk dpt hadiah dr kwn2 blog hehe. ehh ehh voucher ! kite nak kite nak! eheee kidding =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena rajin ikut GA dan tabahlah nak ikut syarat bila line buat hal, kan?

      Nak? ambillah ^^

      Padam
  7. Waaa..kenapa akak baru je terbaca entry ni. Hihi. Tq zin. Moga bermanfaat..

    BalasPadam
  8. Ya Allah.. Punya lama baru ni terbaca entri ni.. Huhuhu. Tu pun ternampak masa kat google tadi.. Apa2 pun tahniah yea. Murah rezeki awak ni

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.