Jumaat, 19 Disember 2014

Tips | 5 Cara Nampak Anggun & Berkarisma di Hari Bermakna

Bismillah..

Adat perkahwinan, kalau boleh biarlah hari yang bermakna tu betul-betul 'menjadi' kata orang. Selain dari persiapan asas seperti pelamin, lauk pauk kenduri, khemha, dekorasi dan lain-lain pilihan tambahan, sebenarnya watak utama yang akan memeriahkan majlis itu adalah pasangan mempelai itu sendiri.

Sepanjang pengalaman ku menghadapi dan menghadiri kenduri dan mana-mana majlis pernikahan mahupun resepsi, inilah yang dapat ku simpulkan. Sekadar dari anak mata yang berselindung di kacamata ku ini sahaja. Tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati.

Jom tengok tips di bawah!

[ Aura Mempelai ]




     1) Menjaga seri air muka.     




**a. Pastikan seminggu atau sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari bahagia, kalian mendapatkan tidur yang berkualiti (tidak tidur terlalu lewat, tidak terlalu awal)

b. Bangun dan mandi sebelum Subuh untuk mendapatkan kondisi tubuh (dah macam blogger indo pulak) yang kuat, sihat dan segar sekaligus menaikkan seri wajah.

c. Senaman ringkas 5 minit sekurang-kurangnya selepas Subuh. Pergerakan ringkas pun dah cukup. (Lari setempat, pusingkan kepala, pusingkan tangan dalam bulatan, regangkan tubuh dengan cara mencecahkan jari tangan ke jari kaki dalam kedudukan duduk berlunjur).

d. Nikmati cahaya mentari pagi (matahari terbit) pada wajah. Janganlah pukul 9 tu baru nak cium udara pagi. Terbakar kulit.



-----

     2) Kekalkan senyuman     



**Seminggu hingga 3 hari sebelum hari bersejarah tiba sudah mestilah hari yang paling sibuk dan serabut, ken? Tapi, cuba belajar untuk senyum sahaja sentiasa sepanjang hari malah waktu berseorangan juga.

Bila dah stress sangat atau cuak berdebar albagai tak menentu, ambil wudu' (ini mujarab) atau basuh muka, pejamkan mata seketika dan buka perlahan-lahan sambil tersenyum di hadapan cermin. Katakan pada diri, 'kau boleh!'. InshaAllah akan membawa aura positif dan ceria hingga ke hari bersejarah tiba.

Bila tiba hari perkahwinan tu, positif. Jangan kelam kabut sangat ya ^^, teruskan tersenyum.

Senyum.. bukan sengih. Nanti orang kata lain pulak dah..


-----

    3) Pakai stokin ketika majlis pernikahan    



Kebiasaannya majlis pernikahan diadakan di dalam rumah mahupun di masjid. Dan selalunya kasut tak dipakai waktu ni.

Walaupun ini syariat asas untuk seorang wanita tapi ramai juga yang tak pakai. Bagi ku, bila seorang pengantin (lelaki dan perempuan) pakai stokin, nampak lembut, sopan dan anggun sangat.

Ada waktu, ku rasa macam tak best sangat bila tengok pengantin perempuan tak pakai stokin. Kalau lelaki, tahan lagi la. Kalau perempuan? Nampak kaki, nampak buku lali, nampak kuku? hehe.. Tak payahlah nak tunjuk inai sangat kat kaki tu. Tak pasal-pasal majlis suci jadi pelik bila lelaki lain turut sama mencuri pandang sesuatu yang patut kita beri pada suami kita sahaja. Ken?

-----

     4) Tegakkan kedudukan     


Haa.. yang ni memang kena buat! Lelaki mahupun perempuan. Perasan tak ada jenis kita yang gaya duduk agak bengkok (membongkok).

Dari kecil, bila ku sedang tengok TV atau sedang duduk bersantai-santai, bila ku duduk membongkok, aby ku mesti akan tolak sedikit belakang badan ku supaya duduk tegak. Alhamdulillah.. terima kasih aby. Ku duduk tegak hingga sekarang.

Cuba kalian perhatikan semula cara kita duduk, kalau boleh belajar tegakkan tubuh belakang apabila duduk dan berdiri.

Selain menampakkan susuk tubuh yang berkeyakinan dan berkarisma, ia juga dapat mengelak sakit belakang dan risiko untuk bongkok di kemudian hari.

Tapi, bagi yang dah terbiasa membongkok ketika duduk, jangan lakukan perubahan secara mendadak. Ubah kedudukan sedikit demi sedikit dan biar berterusan. InshaAllah usaha akan nampak hasilnya.


-----

     5) Panggung kepala     




**Jangan menunduk 24 jam sepanjang majlis. Ya, malu, segan, nak cover riak-riak terharu albagai mesti kita banyak menunduk terutamanya pengantin perempuan, kan?

Tapi, percayalah. Tetamu-tetamu yang datang dari jauh semuanya nak tengok, nak tatap, nak hadap wajah seri pengantin waktu berkahwin. Kebanyakannya akan kelihatan lain air mukanya ketika hari perkahwinan.

Kalau ku, memang frust bila tak dapat nak usha muka pengantin. Jarang dan bila lagi kan nak tengok muka seri pengantin, ken?




Cukuplah yang di atas. Ini semua adalah dari sisi pandangan ku sendiri melalui sudut lahiriah. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa, memaksudkan mana-mana jiwa. Sekadar berkongsi dengan mana-mana yang rasa berminat untuk mencuba tips di atas tadi ya. No harsh (^^,)v



Kredit gambar pada @kakitembak_fotografi. (klikk!) Terima kasih sudi pinjamkan gambar ^^
Sekarang, siapa yang booking untuk 2015 events sebelum Januari tiba, ada diskaun tau! Sebut je nama blog ku, nanti boleh dapat harga terbaik!


 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

4 ulasan:

  1. tips yang menarik. bila ntah kita nak amalkan. hahaha :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. amalkan sekarang.. nanti waktu hari tu tiba... haaa.. silau mata tetamu ^^

      Padam
  2. jyeahh ana suka semua tips tu! moga2 bila tiba hari bersejarah nti indah2 lah semuanya :)

    *yg entah bila pon belum tahu*

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. boleh amalkan dari sekarang ^^

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.