Khamis, 4 Disember 2014

UK | Kalau Nak Jimat Tu Memang Boleh!

Bismillah..

[ Memang Boleh]

Kredit untuk Encik G
Kalau nak jimat tu, memang boleh. Terbayang muka Kak Adibah Nor dalam iklan tentang penjimatan tenaga eletrik tu. Tapi memang betullah ayat tu.

Baru-baru ini lepas berpindah dari apartmen ke taman perumahan, bila sudah ada 2 orang anak, keperluan harian dan permulaan pra-tadika, mula terasa 'atas bawah'nya kewangan dalam rumahtangga.

Ya, dulu kami berkahwin dalam usia yang sangat muda, masing-masing tiada kerja tetap dan ku masih belajar sambil mengajar. Duduk di rumah mertua tidaklah terasa sangat bebanan kewangan. Bila sudah lama-lama, semakin dewasa dan berumahtangga dalam ertikata sebenar (ada anak, ada kenderaan sendiri, ada bil untuk dibayar, sewa rumah mula mencanak naik sebab ada AEON, McD dan bangunan-bangunan lain, ada pula bahagian rumah yang rosak, lampu kelip-kelip, sinki bocor dan gas habis waktu tengah goreng mee!!) ku mula mengerti betapa 'deep'nya perkataan JIMAT.

Dulu waktu kecil aby selalu perlahankan kipas waktu tengah-tengah malam secara senyap-senyap tak nak bagi kami terjaga. Tapi nasib anak semua kulit mengada. Walaupun tak panas kalau boleh nak sejukkk macam kat London.

Kalau keluar bilik tak tutup lampu dan berdengung bunyi kipas kelajuan penuh 5 kuasa kuda, memang siaplah kena tegur sentap dengan aby. Aby jarang marah. Jadi bila sekali dah marah, kecut semua anak masuk bawah tikar. Umi? Memang garanglah. Kalau tak, mana kami 11 orang nak jadi 'orang' hari ni.


[ Jin Jimat ]


Berbalik pada penghujung 2014 di mana ku merasakan ku dah jadi aby, sensitif betul kalau nampak cahaya suram-suram tak ada orang guna. Dan sensitif tu makin menjadi-jadi bila satu hari mertua ku datang ziarah. Bila mertua tengok bil eletrik..

"Hah, RM40++ ni. Kalau RM20 ke bawah dah tak payah bayar, Zin."

And, guess what??

Macam ada 'jin' nama Al-jimat 'merasuk' ku. Heh.. Berlumba dengan diri sendiri.

Target : Tak payah bayar bil eletrik setiap bulan
Tindakan : Jimat!

Haaaaahhhhh...

Bulan seterusnya RM24.85 senn!

Cis, target sikit saja lagi. Ku mulakan operasi yang lebih spesifik gitu.

1) Keluar bilik air, terus tutup lampu walaupun lagi 5 minit nak masuk balik untuk mandikan anak lagi seorang.

2) Malam, padam lampu garaj sebab ada lampu jalan trang tang tang depan tu dan jiran kiri kanan rajin pasang lampu.

3) Lampu tangga hanya pasang bila nak naik turun tangga sahaja. Bukannya pasang 24 jam tapi kita duk goyang kaki kat ruangtamu.

4) Kurangkan 'buka tutup' peti ais. Oh Tuhann.. inilah tabiat kegemaran dari kecil. Setiap kali lalu depan peti ais, setiap kali itulah tangan ni nak buka peti ais! Sedangkan dah tau, dah hafal apa yang ada dalam tu! Buka dua-dua pintu pulak tu. Heh..

5) Lepas charge hp, bateri, laptop, gadjet albagai semua, jangan  sekadar cabut wayar tapi tutup suis dan cabut kepala suis dari soket atau cabut kepala suis utama. Dengar macam renyah tapi lepas buat, lahhhh.. senang kacang kuda je. Kita saja yang dah berlemak dengan kesenangan dunia.

6) Bila memasak di dapur, tutup TV dan kipas ruangtamu. Ku ni ada tabiat kalau memasak ke atau sidai kain, TV tu mesti nak kena buka bagi dengar suara satu rumah. Tak bagus langsung tabiat tu, ok. Melainkan memang nak dengar berita atau pasang lagu supaya tak terlalu sunyi bila seorang.

7) Atas bawah mesti ada lampu yang terbuka. Mesti ada punya! Bila malam duduk bawah, lampu bilik atau ruang tengah tingkat atas tu mesti buka walaupun bila dah nak tidur nanti baru naik. Bayangkan dari jam 7 malam sampai 11 malam, 4 jam lampu terpasang tanpa dimanfaatkan faedah cahayanya! Menggigil kat Mahsyar nanti nak jawab apa dengan Allah.

Serius, jimat ni Rasulullah sendiri sebut. Walaupun kita di sungai sekalipun, tak boleh membazir air sungai tu. Setiap apa kita buat, kita lakukan, Allah kira kat akhirat nanti. Semoga kita tidak tersekat di akhirat nanti sebab sikap 'hidup zaman moden' kita ni.

Dan...




Alhamdulillah. Lipat elok-elok kertas bil eletrik untuk November bila tengok angkanya. Hah, kalau nak jimat tu, memang boleh!

Tapi..


tapi..


tapi..


Jangan terlalu jimat sampai jatuh kedekut. Itu jimat menakutkan seolah-olah rezeki Allah tu terhad sangat. Kalau kita bersangka rezeki yang kita dapat hanya dari apa yang kita usahakan macam gaji, duit hasil jualan, dari mak ayah memang selamanyalah rezeki kita Allah bagi melalui itu sahaja.

Ku dah banyak belajar dari apa yang dikatakan, 'Rezeki Dari Sumber Yang Tidak Diduga.'

Ku ada seorang ibu angkat yang banyak membantu ku dan 2 pasangan lain dalam menempuh ujian rumahtangga di usia muda. Selama setahun lebih dia banyak membantu kami dari segi pengisian lahir dan batin dalam pergelutan dunia baru.

Antara pengisian batin, dia berkata pada kami satu perkara yang ku pegang selalu.

"Walaupun suami korang tak ada kerja tetap lagi buat masa ini, tapi kalau korang betul-betul taat dengan Allah terutamanya menjaga bab sembahyang, tak payahlah risau. Akan ada saja rezeki dari sumber tidak diduga nanti. Inilah sebaik-baik perniagaan.
"

Betul.

Rezeki itu wujud.

Kadangkala Allah letak depan mata kita cuma antara nampak dan tak nampak saja.


psstt.. ada promosi fotografi 2015 kat SINI.

Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

2 ulasan:

  1. Teringat aruah mak yang rajn betul menutup lampu dapur bila dlihatnya
    orang tak ada, walhal kami tengah membongkok badan menjengah ke dalam
    peti ais. Sabar jelah. Jimat, jangat tak berjimat.

    BalasPadam
  2. Salam Perkenalan.
    Done follow you :)
    drshikinzainal.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.