Jumaat, 30 Januari 2015

Sebak dan Terkilan..

Bismillah..

Sebak.

Dulu, ku diceritakan bagaimana besarnya bahana FB. Hingga satu masa ku menyedarinya dan mula mengurangkan benda-benda yang tidak perlu ditulis di situ. Hanya sebagai keperluan sebagai penghubung pada beberapa orang tertentu dan medan melihat perkongsian moment orang lain.

Hingga semalam..

Apa yang adik ku beritahu sangat mengguriskan namun bagi ku, ianya adalah salah satu ujian dalam membina keluarga bahagia, keluarga contoh. Ujian tidak akan habis sehingga kita mati malah saat di ambang maut pun kita akan diuji dengan menjadi rebutan antara nafsu dan syaitan. Jadi, ku belajar bertenang dan menerima ujian tu dengan hati yang terbuka dan mulut yang tertutup.

Petang tadi..

Sentap. Sentak.

 Ya, kamu! Saya sentap dan sangat-sangat tersentak dengan apa yang kamu tulis dalam CAPS LOCK bernafsu kamu.

Laju-laju ku tekan bahagian inbox, syaitan dah menunggang-nunggang nafsu. Baru salam dan ayat pertama, tergantung.. ku keluar semula dan mesej kakak ku. Minta pendapatnya. Pesanan umi ku ingat kuat, “BILA ORANG SERANG KITA, BERCAKAP BURUK SEKALIPUN FITNAH ATAU SALAH FAHAM, BUKALAH HATI DAN TUTUPLAH MULUT.” Bila seseorang berkata dari pengalaman, itulah yang terkesan dari anak matanya.

Tapi..

Bila apa yang orang lebih tua dari kamu menasihati dan kamu balas dengan penuh BERADAB sekali, rasa sebak tadi bertukar jadi terkilan hingga jari menari laju menaip luahan hati tanpa sedar akan ada orang lain yang membaca. TERKILAN, SEBAK, Berjaya kamu buat ku menangis atas benda yang ku tak jangka.

Benarlah kata pujangga,

TIDAK SEMUA KEBAIKAN YANG KAMU BERI, AKAN DATANG SEMULA DALAM KEBAIKAN.

DALAM KAMU MENYANGKA ADA PENGORBANAN KAMU UNTUK MEREKA, RUPANYA BAGI MEREKA, KAMULAH YANG PENYEBAB MEREKA TERKORBAN.



Alhamdulillah, setiap apa yang Allah takdirkan itu ada pengajarannya. Hari ini ku belajar,


 MENERIMA POLIGAMI BUKANLAH BERMAKSUD MENERIMA SEORANG AYAH ATAU IBU BARU ,BAHAGIA MENDAPAT ANAK INSTANT, ATAU BAHAGIA DENGAN MADU YANG BAIK ATAU MENERIMA PERLINDUNGAN DAN SUMBER HIDUP YANG BARU TAPI..





MENERIMA POLIGAMI ADALAH IANYA DARI ALLAH YANG DIPERJUANGKAN RASULULLAH, MENERIMA IA SEBAGAI SATU ASSIGNMENT MEMBINA KELUARGA ROLE MODEL, MENERIMA KESAKITAN DI DALAMNYA SEBAGAI KEINDAHAN DIDIKAN ALLAH YANG INGIN KITA KEMBALIKAN SEMUA KEPADA-NYA SEKALIGUS MEMBUATKAN KITA BERUSAHA YANG TERBAIK KERANA..


BAHAGIA ITU TIDAK ADA PADA MANUSIA 
TAPI IANYA ADA PADA TUHAN, ALLAHU..



Maaf atas kekasaran atau luahan tidak kena tempat saya, wahai kamu. Kita sama-sama terluka dan tidak akan terubat jika kita hanya mengubati diri sendiri. Pesakit, perlukan ‘doktor’ dan ‘nurse’. Semoga ada pengakhiran yang baik untuk kita. Tak pasti, mampukah saya senyum lagi di hadapan kamu selepas semua ini..


Allah, tolonglah hati-hati yang sedang terluka.

Khamis, 29 Januari 2015

Senyum | Yang Hitam atau Putih?

Bismillah..

[ Hitam atau Putih ]


kredit

Berikut adalah rakaman sesi temubual seorang pemuda dengan pakcik si pengembala biri-biri.

PEMUDA : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan?
PAKCIK : Boleh aje..

PEMUDA : Berapa jauh biri-biri ini berjalan setiap hari?
PAKCIK : Yang mana? Yang putih atau yang hitam?
PEMUDA : Yang putih.
PAKCIK : Kalau yang putih, berjalan lebih kurang 6km setiap hari.
PEMUDA : Yang hitam?
PAKCIK : Yang hitam pun sama..

PEMUDA : Berapa banyak pula rumput yang biri-biri ini makans etiap hari?
PAKCIK : Yang mana? Yang putih atau yang hitam?
PEMUDA : Yang putih.
PAKCIK : Yang putih, makan dalam 4kg sehari.
PEMUDA : Dan yang hitam?
PAKCIK : Yang hitam pun sama..

PEMUDA : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
PAKCIK : Yang mana? Yang putih atau yang hitam?
PEMUDA : Yang putih.
PAKCIK : Aaa.. yang putih menghasilkan sekitar 6kg bulu setiap tahun.
PEMUDA : Dan yang hitam?
PAKCIK : Yang hitam pun sama..

PEMUDA : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik sedangkan jawapannya semuanya sama?!
PAKCIK : Mestilah! Sebab yang putih tu pakcik yang punya.
PEMUDA : Ooo.. macam tu ku? Habis tu, yangn hitam ini siapa yang punya?
PAKCIK : Yang hitam pun sama..
PEMUDA (sawan)

Mungkin kalian dah baca pun kisah ni tapi kesan pada ku, setiap kali baca, mesti tersenyum juga walaupun dah baca kali ke 5.
(^^,) comelnyalah pakcik ni. Kesian pemuda tu. Lepas ni tak jadi wawancara dah gamaknya.

**senyum selalu tanda bersyukur :)



 Salam. 
Terima kasih, Allah.

Selasa, 27 Januari 2015

Kakitembak Photography Challenge : Random Instagram Moments (Life is Colourful)

Bismillah..

Ingat lagi tentang Cabaran Fotografi dari Team Kakitembak? Boleh cek dua entri sebelum ini.


dan






Kali ini, ku khaskan gambar pilihan 2014 dari akaun instagram @kakitembak_fotografi. Makluman, gambar agak tidak sharp atau mungkin sedikit kabur kerana ku hanya printscreen dari komputer, bukan gambar dari softcopy macam dalam entri sebelum ini.

Kali ini ku pilih bukan dari gambar perkahwinan, lebih kepada gambar personal moments.

Jom kita cuci-cuci mata ^^

  [ RandomInstagram Moments : Life Is Colourful ]  




( 1 )

Sudut dari belakang ni seakan membawa satu perasaan walaupun riak wajah tidak kelihatan.


( 2 )

Sekeping gambar yang 'hidup' membuatkan kita pun ikut tersenyum.

( 3 )

"Sejauh ini ku berjalan, tak mungkin akan ku berpaling
ke belakang kerana ku yakin ada cahaya di ufuk timur."


( 4 )

Rintangan dan cabaran asam garam kehidupan.
Siapa kisah? Nikmati saat kalian.


( 5 )

Kita mungkin berbeza namun dari asal  yang sama.


( 6 )

Kehidupan adalah mengenai berkongsi. Bukan hanya alam,
namun apa yang ada seisinya.


( 7 )


Terus tersenyum walau hari esok masih tidak pasti.

( 8 )

Masa lalu mengajar siapa kita sekarang.


( 9 )

Sentiasa ada ruang dan waktu untuk kita yang terus percaya.


( 10 )

Hanya satu klikk, bagai membaca bab di dalam rentetan sebuah cerita.

( 11 )

Yakin dan terus melangkah.


( 12 )

 Kosong bukan bermakna keseorangan. Seorang tidak bermakna sendiri.

-

-

-

Habis dah untuk cabaran ni. Nantikan gambar lain dalam kategori lain pula ya (>__<)"


JADI, KALIAN SUKA GAMBAR YANG MANA?
-
-
-

psstt.. Kakitembak dah buka semula tempahan tarikh untuk 2015 ni.
Jangan bertindih tarikh dengan orang lain.
Siapa cepat, dia ohsem!
Klikk!!

Call us : 0129410190
Whatsapp : 01129180736
Wechat : kakitembak

For more random pictures

A variety album
Facebook Fanpage : Quegraphy Media
Album Blog : Kakitembak

Dapatkan diskaun dengan mention nama blog ku untuk sebarang tempahan (^^<) sebelum 8 Mac 2015!

Seronok cuci mata? Giliran kalian bila lagi.
Yeayyy!




Salam.
Terima kasih, Allah.

Sabtu, 24 Januari 2015

Profil Pembunuh | Penjahat Yang Dirindukan

Bismillah..

   [ Penjahat Yang Dirindukan ]   



Nama Keluarga : Marlboro, Dunhill, Suria dan lain-lain
Rakan Kongsi/Karib, BFF : Mancis, Pemetik Api
Pekerjaan : Membunuh, menghabiskan wang, merosakkan kesihatan & masa depan orang lain
Gaji : 200 Juta (setahun) mungkin sudah meningkat
Kadar Bunuh : 10,000 setahun
Peminat : 46 Juta setahun (bertambah)
Buruan Utama : Remaja & Kanak-kanak
Hasil : 50 penyertaan baru setiap hari
Target : Semua manusia, tak kira pangkat, umur, bangsa/kaum
Isi Kandungan : 4000 bahan kimia (termasuk darah khinzir dalam profil-profil tertentu)
 Pernah Ditangkap : 0 kali
Punca : terlalu banyak di seluruh dunia
Sebab Ketagih : terkandung bahan Nikotin
Tempat Tinggal : Kedai runcit, kilang, gudang... dan mungkinkah di dalam poket anda??
Jangka Hayat : 10 batang 100 minit
Saat Dibenci : apabila kempen TAKNAK MEROKOK berjalan lancar
Musuh : Pejuang-pejuang TAK NAK MEROKOK & pejuang Islam
Kebaikan Peminat : Takkan tua (tak hidup lama)
Keburukan Peminat : Tertipu.. ditipu.

KITA TAK BUTA.


Salam.
Terima kasih Allah.

Diari Lama vs Diari Baru 2015

Bismillah..

Rasanya dah lama sangat menjauhkan diri dari dunia blogging. Tak ada update, tak ada blogwalking. Adalah gagah tinggalkan dua tiga komen di entri bloglist.

Lepas Encik Q sakit, Atim dan Qaid pula. Lepas mereka beransur sembuh, laptop pula masuk ICU :( semakin jauhlah dari dunia blogging ni. Malam ni, dapatlah pinjam laptop seseorang tu. Terima kasih ya.

Hadiah untuk pemenang pun masih elok dalam bungkusan dan terletak elok depan mata. Sakit hati pulak tengok coklat tu. Bilalah nak sampai ke dalam peti pos surat. Payahnyalah nak jejak kat Pejabat Pos tu. Mulalah berkobar nak ambik lesen, lepas tu tengok berita kemalangan, merudum balik tak nak drive. (T______T)


[ Diari / Catatan ]



Tempohari, balik sekejap Tanjung Malim. Nak jemput si kakak Atim balik dari rumah jaddahnya. Dapat tidur semalaman tapi tak lena sebab Qaid masih demam dan batuk sampai muntah berkali-kali. Tapi Encik Q bahagia tidur awal di bilik sebelah. Katanya mungkin sebab bertukar suasana, lena sangat tidurnya. Dalam hati, ada sedikit cemburu sebab dah lama tak tidur lena sejak bergelar ibu. Tak apalah.. Sekurang-kurang tidur tidak lena atas alasan yang bermanfaat, bukan bercekang mata menonton drama.

Esoknya nak bertolak balik, tiba-tiba ada bungkusan tiba. Eh? Rasanya dah lama sangat tak guna alamat Tg Malim untuk apa-apa urusan pengeposan. Buka-buka...


Ohhhh...

Dari Acik Watie. Rasanya Giveaway Kamamimi sebab bila cek semula ohh.. menang hadiah Diari 2015. Tersengih. Lama benar tak pegang buku baru.

Dapat saja, terus cari mukasurat putih yang kosong. Selalunya akan ada dalam setiap buku diari, depan dan belakang. Laju-laju ku letakkan 'tanda'. (^___^)

siap beberapa jam lepas tu malas nak sambung dah
lepas dengar Qaid nangis.

halaman kosong bahagian belakang.

Ku ada satu buku. Tertulis setiap tarikh penting dan tak penting. Bukan diari, hanya sekadar catatan pendek. Tak silap dah 3 atau 4 tahun ku mula mencatit peristiwa-peristiwa yang berlaku. Bila baca balik tahun-tahun lepas punya catatan, rasa nak gelak guling-guling. Aduhai..

lunyai kesan bertahun.
memorable.
Lepas ni nak tulis elok-elok, tak nak campur dengan emo sekali.

Sebenarnya, elok juga kalau dicatit semua peristiwa-peristiwa ni. Mudah nak ingat balik dan paling penting, kita dapat lihat sejauh mana pencapaian dalam hidup kita sebelum-sebelum ni. Penuh dengan apa, siapa, di mana. Lara ke, banyak positif atau event saja lebih.


Terima kasih Acik Watie. Dah lama tak blogwalking. Laptop masih belum siap dibaiki.

InshaAllah dimanfaatkan sepenuhnya buku ini.

memo pertama. emo lagi!!

Tengok kad Acik Watie ni, comel sangat. Seronok tengok blog masakan-masakan ni. Paling tertarik dengan part puding tu. Cantik sangat. Kalau ada rezeki, mana tahu boleh tempah dari Acik Watie (^^,)v



Salam.
Terima kasih, Allah.



Second Giveaway | by Two Seven Six Zero Nine

Bismillah..

[ Banner ]



Inilah kali pertama jejak ke blog si empunya Giveaway. Oleh kerana antara syarat Giveaway kena gambarkan blog yang simple ni dengan satu perkataan, ku menung sekejap.

Sebab..

Baru baca 5, 6 entri. Tak tahu perkataan yang tepat untuk digambarkan. Bila terbaca sahaja post-post yang lepas, ada 2 perkataan tertera kat kepala.

Relaks & Enjoy.

Oleh sebab nak satu perkataan sahaja, ku putuskan...

   = ENJOY =   

Entrinya cukup santai, ringkas dan mudah. Relaks untuk dibaca waktu terduduk kepenatan menyelesaikan kerja.

All the best buat semua blogger yang berjaya membuatkan silent reader mereka tersenyum dan terus singgah walaupun tak pernah nak tinggalkan komen atau apa-apa jejak.

Teruslah menulis.

Kita tak tahu perkataan yang mana memberi inspirasi pada seseorang. Mungkin hanya dari sepatah perkataan yang ringkas seperti, "Senyumlah."

 [ TAG ]



Salam.
Terima kasih, Allah.

Selasa, 13 Januari 2015

Doa Untuk Qaid dan Nota Maaf Untuk Pemenang

Bismillah..

[ Berulang ]


Sehari selepas En Q sembuh dari denggi, Qaid pula demam. Bermula dari demam biasa, esoknya mata Qaid mula bengkak. Bagi ku mungkin demam biasa memandangkan dia dalam proses nak berjalan. Biasalah budak nak membesar, nak tumbuh gigi pun demam.



Seperti biasa ku berikan barli dan air kembang semangkuk sebagai rawatan semulajadi.

Tapi bila sudah masuk hari ketiga, rasa tak sedap hati pula. Mata kian membengkak. Kata Encik Q, mata anak kucing. XD sebab dia biasa tengok anak kucing bangun pagi dengan tahi mata penuh berkerak sampai tak boleh buka mata. Hairan juga bila titisan susu ibu tidak menyurutkan bengkak matanya.

sampai nampak urat

Bila ke klinik, masuk ubat ikut punggung dan seharian badannya tak panas tapi esoknya panas badan kembali menyerang. Dalam hati, tak rela menyuapkan Qaid ubat-ubatan tapi tak tertahan tengok dia merengek mungkin kerana tak sedap badan.

sebelum dan selepas.
badan susut teruk

Dari semalam, semua susu yang dia minum terkeluar semula. Muntah kerana batuk. Rasa sedih tengok air susu yang keluar tu. Kita makan banyak-banyak untuk hasilkan susu supaya badan dia naik semula tapi keluar balik. Badan dah susut teruk. Sejak dari sekolah dibuka, ku masih tak menjejakkan kaki di pejabat sekolah dan terpaksa melebihkan cuti si Atim yang duduk dengan jaddahnya di kampung waktu Encik Q sakit tempohari.

Terpaksa juga menangguhkan urusan penghantaran hadiah pada para pemenang Giveaway Cuti Sekolah oleh Cik Balqis. 


Buat Wardah dan Kak MariaFirdz, harap maaf. Mungkin terlewat seminggu dua proses penghantaran tu. Tapi jangan risau. Hadiahnya sudah ada. Tinggal nak pos sahaja. Kesal sangat sebab tak suka buat orang menanti.

Sekali lagi, tahniah ya. Belum sempat godek-godek blog untuk di-review. Harap boleh bersabar menunggu :) ku boleh agak-agak sikitlah perasaan kalian sebab sekarang ku juga sedang menanti 5 hadiah Giveaway yang sudah diumumkan. Dari Kamamimi, Beba Ifa, Vitaminhouz, Mama3farhanah, Asyu dan Blogger Liyana Shuib. Eh, 6 lah. (^^,) *dan dan sayang Makcik Random*

Mungkin hadiah tak seberapa bagi orang lain tapi sebagai hiburan buat ku yang sedikit bergelut di permulaan 2015.

Begitu juga buat blogger Kak Nashoney dan Eyzamiel sebab masih belum berkesempatan post entri penghargaan untuk hadiah Giveaway yang ku terima akhir Disember dan awal Januari. Terima kasih memilih ku sebagai pemenang ya.

Rajin-rajinlah join Giveaway. Banyak manfaatnya. Ku yang tak banyak join pun rasa gembira juga ada tuah terselit di awal Januari.

[ Disayangi Rasul ]


najibah

Sebak pula tengok anak-anak ni. Kakaknya dah masuk sekolah.

waie di sisi pusara abi

Belajar rajin-rajin ya, biar mewarisi apa yang arwah abi perjuangkan.
Semoga generasi cintakan Islam semakin berkembang.

antara moment terakhir Jiebah bersama abi. :')

Rasulullah saw. bersabda, 

“Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.”

 Ketika mensabdakan hadits ini Rasulullah saw. berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.

Salam,
Terima kasih, Allah.

Ahad, 11 Januari 2015

Kakitembak Photography Challenge : Bride's Moments

Bismillah..



Cabaran 1 :

Selesai cabaran fotografi pertama, ku khaskan kali ini untuk edisi pengantin perempuan pula.
Sebenarnya, ku tidak dapat keseluruhan koleksi album 2014 milik @kakitembak (T__T)

tapi, yang separuh ini pun sudah rambang mata. Ada rezeki, ku usahakan lagi 50% koleksi mereka. Kongsi-kongsilah cuci mata, kan?

[ Bride's Moments ]



[ 1 ]

Putih.

[ 2 ]

Semangat.

[ 3 ]

Klasik.

[ 4 ]

Inai.

[ 5 ]

Ceria.

[ 6 ]

Polos.

[ 7 ]

Manis.

[ 8 ]

Sudut.

[ 9 ]

Kelembutan.

[ 10 ]

Semulajadi.

[ 11 ]

Debaran.

 [ 12 ]

Senyuman.

[ 13 ]

Rahsia.

[ 14 ]

Kelembutan.

[ 15 ]

Perjalanan.






Habis dah untuk cabaran Bride's Moments. Nantikan gambar lain dalam kategori lain pula ya (>__<)"


JADI, KALIAN SUKA GAMBAR YANG MANA?
-
-
-

psstt.. Kakitembak dah buka semula tempahan tarikh untuk 2015 ni.
Jangan bertindih tarikh dengan orang lain.
Siapa cepat, dia ohsem!
Klikk!!

Call us : 0129410190
Whatsapp : 01129180736
Wechat : kakitembak

For more random pictures

A variety album
Facebook Fanpage : Quegraphy Media
Album Blog : Kakitembak

Dapatkan diskaun dengan mention nama blog ku untuk sebarang tempahan (^^<)
atau boleh juga emel ku hzinnirah@gmail.com untuk
sebarang pertanyaan.


Salam. 
Allah itu ada. Kita yang selalu lupa.

Segmen |Bloglist by Ciksepet.com

Bismillah..

[ Banner ]



Untungnya rajin ikut segmen ni, baru boleh kenal dengan ramai blogger lain. Baru kenal dengan Cik Sepet ni. Rasmi menjadi rakan blogger dengan join segmen atau meletakkan mereka di dalam senarai blog. Jom sertai bersama. Penuhkan senarai di blog yang cantik ni.

Nampaknya, masih banyak yang perlu ku belajar tentang edit blog ni. Kerdil sungguh bila tengok blog orang lain. Tak apalah.. kualitikan dulu entri.. (cara pujuk hati sendiri.)

Selamat pagi!

*harap tak ramai orang di hospital (T__T)

 Salam. 
Allah itu ada. Kita yang selalu lupa.

Segmen | Bloglist 2015 by VitHebat

Bismillah..

[ Banner ]



Jom ramai-ramai terjah bloglist ni sebab tarikh tutup dia bulan Mac (lama giler kan). Tapi, hanya yang join Januari sahaja yang berpeluang untuk dapatkan hadiah tau. Dan syaratnya pun mudah.
Klikk! banner untuk sertai.

Bila dah tengok ramai blogger Shaklee, rasa macam nak cuba ambil supplement juga. Rasa macam perlukan juga sebab kondisi tubuh badan tak terasa macam sebelum ada anak 2. *nanges*

hmm..
nak bersiap ke klinik. Anak dah 4 hari demam ni.. tak boleh nak taip panjang-panjang.

GOOD LUCK untuk semua yang menyertai.


 Salam. 
Allah itu ada. Kita yang selalu lupa.

Sabtu, 10 Januari 2015

Alahai Anak Jiran

Bismillah..

[ Alahai, anak jiran.. ]


Soalan : Apa nak buat bila anak jiran terlebih mesra, ziarah rumah waktu 7 pagi dan sekarang dah pukul 3 petang, mereka masih belum pulang!

Jawapan : menangis



Rasa nak gelak, nak kerut dahi pun ada bila pergi rumah kawan hari tu. Pelik sebab rasanya anaknya dah balik asrama tapi kenapa ada selipar love love kat depan rumah.

Masuk-masuk, ehhhh.. sejak bila anak kawan ku ini jadi dua? Bukan seorang saja ke perempuan? Ku pandang dia, dia pandang ku. Ku nak gelak, dia dah cebik. Haha! Maaf tergelak dalam hati walau banyak pertanyaan tak terjawab.

Eh.. bagusnya 'anak-tiba-tiba' kawan ku ini. Siap salam kucup tangan lepas tu landing balik depan tv sambil pegang remote kat tangan dengan penuh erat.

"Apa kes?""Tak yah kerut-kerut. Aku nangis karang." Kawan ku, Niza, terduduk atas sofa. Bergenang-genang mata tengok 'anak-tiba-tiba' dia yang lenggang goyang kaki depan tv dek penangan cerita Strawberi Karipap.



Rupanya, alkisah..

Anaknya baru berkenalan dengan anak jirannya itu dalam lingkungan 9-12 tahun waktu balik ke rumah cuti hari tu. Seorang adik, seorang kakak. Dua-dua perempuan. Terjadinya kisah tu bila semalam dia ajak 2 beradik ni ke rumah. Konon sajalah nak beramah mesra. Siap bagi duduk sekejap kat bilik tetamu di tingkat bawah. Iyalah, jiran, kan? Jadi Niza ni tak adalah kisah sangat walaupun dalam hati rasa macam tak best bila diorang ni buka-buka peti sejuk, makan buah yang bukan dihidang, eh?

Lepas tu, menyembang sambil tengok TV sampai berapa jam akhirnya suami Niza ni suruh mereka balik sebab anaknya pun macam serba salah nak suruh balik.

Ok. Habis.




Ehhh...






Tak habis lagi (=_____=)"





Malam tu, anak Niza balik semula ke asramanya. Esok pagi, tup tup Niza ni nak keluar sidai kain, ada orang bagi salam depan rumah dia. Ehh..

"Maaflah.. Kak Ila tak ada. Dah balik asrama." Lembut Niza ni memberitahu.

"Eh, tak apa. Kami nak bagi ni." Tersengih dua-dua sambil tayang plastik kat tangan. Bekas berisi makanan. Sebab tak nak panjangkan kalam dan tak nak benda meleret-leret, Niza ambil bekas dan suruh mereka tunggu sebab nak terus tukar bekas. Letak apa yang ada kat dapur tu sebab mak budak-budak ni jiran yang duduk beberapa langkau lorong perumahan dari dia. Jauhlah juga. Kalau sebaris, dia boleh hantar makanan ganti petang nanti ke.. Tapi, walaupun tidak sebaris, mereka kenal agak mesra cuma jarang bertemu.

Keluar dari dapur... ehhh... budak-budak ni dah pegang remote control sambil tersenyum lebar depan TV. Dan sampai laaa ni kata orang Penang, masih bertafakur di rumahnya.

"Tu la. Lebar sangat TV hang." Saja mengusik. Terus ditepuk peha ku. Perit uiiii... Emosi terganggu betul ni.

"Dah tu, jemput ku datang dah kenapa? Tak cukup dengan tetamu kat rumah ni?" Saja cucuk jarum lagi.

"Kau kan Raja Muka Ketat. Kalau buat muka ketat, bunga pun jadi layu."

Ceh, kena cucuk balik. Teruk sangat ke muka ku sampai budak pun boleh menangis lari balik rumah? (T___T) tapi ternyata mereka lebih kebal dari yang ku sangkakan.

Jadi, alkisah sekali lagi.. waktu diorang makan kat dapur, kami sorok remote control. Ok, saja tak nak suruh balik secara lisan sebab nak tengok berapa lama mereka bertahan. Sekali mak aihhh.. mereka melepak dalam bilik tetamu. Ok, fine! Niza dah singsing lengan. Ku turunkan balik lengan baju dia.

"Kita suruh depa pergi secara semulajadi. Jangan angin-angin k." Pujuk ku. Niza rasa nak menangis. Serabutlah tu. Dia naik ke tingkat atas dan tidurkan anaknya yang masih kecil.

Ku hampiri budak-budak ini yang menghabiskan nasi goreng yang Niza nak bagi gantian pagi tadi. Lepas tanya satu-satu soalan, ku mula menyoal soalan utama. "Korang tak nak balik ke?"

"Kejap lagi kami baliklah." Jawab si kakak.

Ok...

"Siapa ada kat rumah?"

"Ada mak dengan kawan dia." Si adik pula menjawab dan soalan-soalan seterusnya lebih banyak mendapat respon dari si adik. Mak tak garang, jarang marah cumaaa.. TV rosak di rumah. Hmphh..

hangat

Remote hilang kononnya sedangkan Niza dah bawa ke tingkat atas. Hujan mula turun jadi tak dapatlah budak-budak ni nak balik. Niza tak nak pinjamkan payung sebab nanti diorang balik nak pulangkan payung. Ku gelak sajalah. Nampak fobia betul privasinya diganggu.

Bila TV tak boleh buka, mereka si kakak melepak dalam bilik tapi si adik ni dia ikut saja Niza ke hulu ke hilir. Ku duduk saja di sofa jadi pemerhati. Nampak Niza memang tak selesa betul. Kalau ku, memang tak selesa kita buat kerja, orang tenung saja kita sampai nak tembus.

Niza nak makan, budak tu duk perhati saja satu-satu apa yang dia buat. Buka kabinet, melilau diterjah pandangannya. Niza buka laptop, nak siapkan kerja. Si adik melepek di tepinya nak tengok juga. Niza terus bangkit dan buat kerja lain.

"Aku tak boleh fokus!" Niza terus lari naik atas.

Eh, bila budak ni mula duduk sebelah ku dan mengintai-intai skrin telefon kat tangan ku.. errr.. ini dah tak best. Serius! Niza, tolonglah halalkan payung hang dan suruh depa balik simpan buat kenangan!

Akhirnya, suami Niza balik. Dengan suara tegas, disuruh budak-budak ini balik lepas hujan reda.

"Dah senja ni, takkan tak nak balik?" nada garang sungguh. Sebab sejak dia balik sejam yang lepas, budak-budak ni lalu lalang depan dia macam dia lalang.

"Esok tak payah datang lagi tau. Kak Ila korang tak ada sampai tahun depan." Pesan suami Niza waktu mereka keluar dari rumah. Amboi, sampai tahun depan si Ila tak balik rumah. Nak tergelak ku mendengarnya. Kesian pulak ku tengok muka cebik diorang. Kasihan, nak tengok TV punya pasal. Mungkin kerana sudah kenal dengan Niza jadi maknya tak datang pula cari anaknya walaupun seharian tak ada.

Tapi, ku akui perasaan Niza. Terasa tak selesa betul. Nampaknya, ketagihan menonton TV mampu 'mengeratkan' hubungan kejiranan juga ya. Dari jarang berjumpa sampai dah boleh jadi anak kandung dah. Harap TV mereka cepatlah dibaiki. Eh, tak. Harap, berkuranglah keinginan menonton TV mereka.

muka paling ketat ni ^^,

kredit gambar : Makcik Google

psstt.. rasa malas nak bayar Astro. Siaran berulang T___T

 Salam. 
Allah itu ada. Kita yang selalu lupa.