Sabtu, 10 Januari 2015

Alahai Anak Jiran

Bismillah..

[ Alahai, anak jiran.. ]


Soalan : Apa nak buat bila anak jiran terlebih mesra, ziarah rumah waktu 7 pagi dan sekarang dah pukul 3 petang, mereka masih belum pulang!

Jawapan : menangis



Rasa nak gelak, nak kerut dahi pun ada bila pergi rumah kawan hari tu. Pelik sebab rasanya anaknya dah balik asrama tapi kenapa ada selipar love love kat depan rumah.

Masuk-masuk, ehhhh.. sejak bila anak kawan ku ini jadi dua? Bukan seorang saja ke perempuan? Ku pandang dia, dia pandang ku. Ku nak gelak, dia dah cebik. Haha! Maaf tergelak dalam hati walau banyak pertanyaan tak terjawab.

Eh.. bagusnya 'anak-tiba-tiba' kawan ku ini. Siap salam kucup tangan lepas tu landing balik depan tv sambil pegang remote kat tangan dengan penuh erat.

"Apa kes?""Tak yah kerut-kerut. Aku nangis karang." Kawan ku, Niza, terduduk atas sofa. Bergenang-genang mata tengok 'anak-tiba-tiba' dia yang lenggang goyang kaki depan tv dek penangan cerita Strawberi Karipap.



Rupanya, alkisah..

Anaknya baru berkenalan dengan anak jirannya itu dalam lingkungan 9-12 tahun waktu balik ke rumah cuti hari tu. Seorang adik, seorang kakak. Dua-dua perempuan. Terjadinya kisah tu bila semalam dia ajak 2 beradik ni ke rumah. Konon sajalah nak beramah mesra. Siap bagi duduk sekejap kat bilik tetamu di tingkat bawah. Iyalah, jiran, kan? Jadi Niza ni tak adalah kisah sangat walaupun dalam hati rasa macam tak best bila diorang ni buka-buka peti sejuk, makan buah yang bukan dihidang, eh?

Lepas tu, menyembang sambil tengok TV sampai berapa jam akhirnya suami Niza ni suruh mereka balik sebab anaknya pun macam serba salah nak suruh balik.

Ok. Habis.




Ehhh...






Tak habis lagi (=_____=)"





Malam tu, anak Niza balik semula ke asramanya. Esok pagi, tup tup Niza ni nak keluar sidai kain, ada orang bagi salam depan rumah dia. Ehh..

"Maaflah.. Kak Ila tak ada. Dah balik asrama." Lembut Niza ni memberitahu.

"Eh, tak apa. Kami nak bagi ni." Tersengih dua-dua sambil tayang plastik kat tangan. Bekas berisi makanan. Sebab tak nak panjangkan kalam dan tak nak benda meleret-leret, Niza ambil bekas dan suruh mereka tunggu sebab nak terus tukar bekas. Letak apa yang ada kat dapur tu sebab mak budak-budak ni jiran yang duduk beberapa langkau lorong perumahan dari dia. Jauhlah juga. Kalau sebaris, dia boleh hantar makanan ganti petang nanti ke.. Tapi, walaupun tidak sebaris, mereka kenal agak mesra cuma jarang bertemu.

Keluar dari dapur... ehhh... budak-budak ni dah pegang remote control sambil tersenyum lebar depan TV. Dan sampai laaa ni kata orang Penang, masih bertafakur di rumahnya.

"Tu la. Lebar sangat TV hang." Saja mengusik. Terus ditepuk peha ku. Perit uiiii... Emosi terganggu betul ni.

"Dah tu, jemput ku datang dah kenapa? Tak cukup dengan tetamu kat rumah ni?" Saja cucuk jarum lagi.

"Kau kan Raja Muka Ketat. Kalau buat muka ketat, bunga pun jadi layu."

Ceh, kena cucuk balik. Teruk sangat ke muka ku sampai budak pun boleh menangis lari balik rumah? (T___T) tapi ternyata mereka lebih kebal dari yang ku sangkakan.

Jadi, alkisah sekali lagi.. waktu diorang makan kat dapur, kami sorok remote control. Ok, saja tak nak suruh balik secara lisan sebab nak tengok berapa lama mereka bertahan. Sekali mak aihhh.. mereka melepak dalam bilik tetamu. Ok, fine! Niza dah singsing lengan. Ku turunkan balik lengan baju dia.

"Kita suruh depa pergi secara semulajadi. Jangan angin-angin k." Pujuk ku. Niza rasa nak menangis. Serabutlah tu. Dia naik ke tingkat atas dan tidurkan anaknya yang masih kecil.

Ku hampiri budak-budak ini yang menghabiskan nasi goreng yang Niza nak bagi gantian pagi tadi. Lepas tanya satu-satu soalan, ku mula menyoal soalan utama. "Korang tak nak balik ke?"

"Kejap lagi kami baliklah." Jawab si kakak.

Ok...

"Siapa ada kat rumah?"

"Ada mak dengan kawan dia." Si adik pula menjawab dan soalan-soalan seterusnya lebih banyak mendapat respon dari si adik. Mak tak garang, jarang marah cumaaa.. TV rosak di rumah. Hmphh..

hangat

Remote hilang kononnya sedangkan Niza dah bawa ke tingkat atas. Hujan mula turun jadi tak dapatlah budak-budak ni nak balik. Niza tak nak pinjamkan payung sebab nanti diorang balik nak pulangkan payung. Ku gelak sajalah. Nampak fobia betul privasinya diganggu.

Bila TV tak boleh buka, mereka si kakak melepak dalam bilik tapi si adik ni dia ikut saja Niza ke hulu ke hilir. Ku duduk saja di sofa jadi pemerhati. Nampak Niza memang tak selesa betul. Kalau ku, memang tak selesa kita buat kerja, orang tenung saja kita sampai nak tembus.

Niza nak makan, budak tu duk perhati saja satu-satu apa yang dia buat. Buka kabinet, melilau diterjah pandangannya. Niza buka laptop, nak siapkan kerja. Si adik melepek di tepinya nak tengok juga. Niza terus bangkit dan buat kerja lain.

"Aku tak boleh fokus!" Niza terus lari naik atas.

Eh, bila budak ni mula duduk sebelah ku dan mengintai-intai skrin telefon kat tangan ku.. errr.. ini dah tak best. Serius! Niza, tolonglah halalkan payung hang dan suruh depa balik simpan buat kenangan!

Akhirnya, suami Niza balik. Dengan suara tegas, disuruh budak-budak ini balik lepas hujan reda.

"Dah senja ni, takkan tak nak balik?" nada garang sungguh. Sebab sejak dia balik sejam yang lepas, budak-budak ni lalu lalang depan dia macam dia lalang.

"Esok tak payah datang lagi tau. Kak Ila korang tak ada sampai tahun depan." Pesan suami Niza waktu mereka keluar dari rumah. Amboi, sampai tahun depan si Ila tak balik rumah. Nak tergelak ku mendengarnya. Kesian pulak ku tengok muka cebik diorang. Kasihan, nak tengok TV punya pasal. Mungkin kerana sudah kenal dengan Niza jadi maknya tak datang pula cari anaknya walaupun seharian tak ada.

Tapi, ku akui perasaan Niza. Terasa tak selesa betul. Nampaknya, ketagihan menonton TV mampu 'mengeratkan' hubungan kejiranan juga ya. Dari jarang berjumpa sampai dah boleh jadi anak kandung dah. Harap TV mereka cepatlah dibaiki. Eh, tak. Harap, berkuranglah keinginan menonton TV mereka.

muka paling ketat ni ^^,

kredit gambar : Makcik Google

psstt.. rasa malas nak bayar Astro. Siaran berulang T___T

 Salam. 
Allah itu ada. Kita yang selalu lupa.

10 ulasan:

  1. hahahhah. memang tak selesa even budak kecik pun datang tetiba buat macam rumah sendiri

    BalasPadam
  2. saya baca dari mula sampai habis tau..mak oihh ada juga budak2 macam ni..maknya pon tak sibuk cari..adeii.kalo saya malu anak bertandang rumah orang lama2..yela takkan tak terfikir waktu makan anak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang dah kenal sgt dgn jiran tu. dgn maknya mmg baik

      Padam
  3. uishh.. boleh pulak macam ni. anak perempuan dibiarkan keluar lama? buat rumah org lain macam rumah sendiri? budak besar lak tu, kalau 4-7 tahun ok juga. yg mak budak tu takkan biarkan je. isk isk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang dah kenal mesra, nak buat mcmana . tp mmg boleh nanges kan. iskkk

      Padam
  4. ishh...mmg RIMAS kalau ada anak jiran begini...kalau dah balik jam 3 ptg..mkn tgh pun di rumah kita lah ye..yg peliknya si ibu or bapa x datang cari ke anak mereka 'bertapa' di rumah org berjam2..at least bagi nasihat jgn ke rumah org lama sgt nanti org x selesa..hihihhi....parent sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti nak bertapa rumah kak JM lah. haha

      Padam
  5. laaa smpai cmtu sekali? ish3 mmg menyirap la darah. ana yg baca ni pon rasa ishh ishhhh nak aje ku cubit2 bdk2 tu haha geramm pulak rase..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka comel. maafkanlah mereka. haha

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.