Sabtu, 24 Januari 2015

Diari Lama vs Diari Baru 2015

Bismillah..

Rasanya dah lama sangat menjauhkan diri dari dunia blogging. Tak ada update, tak ada blogwalking. Adalah gagah tinggalkan dua tiga komen di entri bloglist.

Lepas Encik Q sakit, Atim dan Qaid pula. Lepas mereka beransur sembuh, laptop pula masuk ICU :( semakin jauhlah dari dunia blogging ni. Malam ni, dapatlah pinjam laptop seseorang tu. Terima kasih ya.

Hadiah untuk pemenang pun masih elok dalam bungkusan dan terletak elok depan mata. Sakit hati pulak tengok coklat tu. Bilalah nak sampai ke dalam peti pos surat. Payahnyalah nak jejak kat Pejabat Pos tu. Mulalah berkobar nak ambik lesen, lepas tu tengok berita kemalangan, merudum balik tak nak drive. (T______T)


[ Diari / Catatan ]



Tempohari, balik sekejap Tanjung Malim. Nak jemput si kakak Atim balik dari rumah jaddahnya. Dapat tidur semalaman tapi tak lena sebab Qaid masih demam dan batuk sampai muntah berkali-kali. Tapi Encik Q bahagia tidur awal di bilik sebelah. Katanya mungkin sebab bertukar suasana, lena sangat tidurnya. Dalam hati, ada sedikit cemburu sebab dah lama tak tidur lena sejak bergelar ibu. Tak apalah.. Sekurang-kurang tidur tidak lena atas alasan yang bermanfaat, bukan bercekang mata menonton drama.

Esoknya nak bertolak balik, tiba-tiba ada bungkusan tiba. Eh? Rasanya dah lama sangat tak guna alamat Tg Malim untuk apa-apa urusan pengeposan. Buka-buka...


Ohhhh...

Dari Acik Watie. Rasanya Giveaway Kamamimi sebab bila cek semula ohh.. menang hadiah Diari 2015. Tersengih. Lama benar tak pegang buku baru.

Dapat saja, terus cari mukasurat putih yang kosong. Selalunya akan ada dalam setiap buku diari, depan dan belakang. Laju-laju ku letakkan 'tanda'. (^___^)

siap beberapa jam lepas tu malas nak sambung dah
lepas dengar Qaid nangis.

halaman kosong bahagian belakang.

Ku ada satu buku. Tertulis setiap tarikh penting dan tak penting. Bukan diari, hanya sekadar catatan pendek. Tak silap dah 3 atau 4 tahun ku mula mencatit peristiwa-peristiwa yang berlaku. Bila baca balik tahun-tahun lepas punya catatan, rasa nak gelak guling-guling. Aduhai..

lunyai kesan bertahun.
memorable.
Lepas ni nak tulis elok-elok, tak nak campur dengan emo sekali.

Sebenarnya, elok juga kalau dicatit semua peristiwa-peristiwa ni. Mudah nak ingat balik dan paling penting, kita dapat lihat sejauh mana pencapaian dalam hidup kita sebelum-sebelum ni. Penuh dengan apa, siapa, di mana. Lara ke, banyak positif atau event saja lebih.


Terima kasih Acik Watie. Dah lama tak blogwalking. Laptop masih belum siap dibaiki.

InshaAllah dimanfaatkan sepenuhnya buku ini.

memo pertama. emo lagi!!

Tengok kad Acik Watie ni, comel sangat. Seronok tengok blog masakan-masakan ni. Paling tertarik dengan part puding tu. Cantik sangat. Kalau ada rezeki, mana tahu boleh tempah dari Acik Watie (^^,)v



Salam.
Terima kasih, Allah.



6 ulasan:

  1. yang bawah sekali tu puding ke apa tuu? heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa.. dah macam arca kan? terjah kat blog Acik watienkitchen. cantik2

      Padam
  2. semoga mereka cepat sembuh je terutam En Q supaya boleh hantar ke pejabat pos..

    Tahniah kerana menang Diari 2015 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... menggigil je tgk Hadiah GA tu. x sedapnya hati sbb buat org tertunggu

      Padam
  3. Eh! blog ni pun boleh buat diari. nanti blh tunjuk kat anak cucu.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah2 diari masa depan dah xde kertas2 ni kan? kalau anak cucu akan baca nanti, nampaknya kena tambah pengisian ni. supaya bermanfaat walaupun kita dah tak ada

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.