Selasa, 13 Januari 2015

Doa Untuk Qaid dan Nota Maaf Untuk Pemenang

Bismillah..

[ Berulang ]


Sehari selepas En Q sembuh dari denggi, Qaid pula demam. Bermula dari demam biasa, esoknya mata Qaid mula bengkak. Bagi ku mungkin demam biasa memandangkan dia dalam proses nak berjalan. Biasalah budak nak membesar, nak tumbuh gigi pun demam.



Seperti biasa ku berikan barli dan air kembang semangkuk sebagai rawatan semulajadi.

Tapi bila sudah masuk hari ketiga, rasa tak sedap hati pula. Mata kian membengkak. Kata Encik Q, mata anak kucing. XD sebab dia biasa tengok anak kucing bangun pagi dengan tahi mata penuh berkerak sampai tak boleh buka mata. Hairan juga bila titisan susu ibu tidak menyurutkan bengkak matanya.

sampai nampak urat

Bila ke klinik, masuk ubat ikut punggung dan seharian badannya tak panas tapi esoknya panas badan kembali menyerang. Dalam hati, tak rela menyuapkan Qaid ubat-ubatan tapi tak tertahan tengok dia merengek mungkin kerana tak sedap badan.

sebelum dan selepas.
badan susut teruk

Dari semalam, semua susu yang dia minum terkeluar semula. Muntah kerana batuk. Rasa sedih tengok air susu yang keluar tu. Kita makan banyak-banyak untuk hasilkan susu supaya badan dia naik semula tapi keluar balik. Badan dah susut teruk. Sejak dari sekolah dibuka, ku masih tak menjejakkan kaki di pejabat sekolah dan terpaksa melebihkan cuti si Atim yang duduk dengan jaddahnya di kampung waktu Encik Q sakit tempohari.

Terpaksa juga menangguhkan urusan penghantaran hadiah pada para pemenang Giveaway Cuti Sekolah oleh Cik Balqis. 


Buat Wardah dan Kak MariaFirdz, harap maaf. Mungkin terlewat seminggu dua proses penghantaran tu. Tapi jangan risau. Hadiahnya sudah ada. Tinggal nak pos sahaja. Kesal sangat sebab tak suka buat orang menanti.

Sekali lagi, tahniah ya. Belum sempat godek-godek blog untuk di-review. Harap boleh bersabar menunggu :) ku boleh agak-agak sikitlah perasaan kalian sebab sekarang ku juga sedang menanti 5 hadiah Giveaway yang sudah diumumkan. Dari Kamamimi, Beba Ifa, Vitaminhouz, Mama3farhanah, Asyu dan Blogger Liyana Shuib. Eh, 6 lah. (^^,) *dan dan sayang Makcik Random*

Mungkin hadiah tak seberapa bagi orang lain tapi sebagai hiburan buat ku yang sedikit bergelut di permulaan 2015.

Begitu juga buat blogger Kak Nashoney dan Eyzamiel sebab masih belum berkesempatan post entri penghargaan untuk hadiah Giveaway yang ku terima akhir Disember dan awal Januari. Terima kasih memilih ku sebagai pemenang ya.

Rajin-rajinlah join Giveaway. Banyak manfaatnya. Ku yang tak banyak join pun rasa gembira juga ada tuah terselit di awal Januari.

[ Disayangi Rasul ]


najibah

Sebak pula tengok anak-anak ni. Kakaknya dah masuk sekolah.

waie di sisi pusara abi

Belajar rajin-rajin ya, biar mewarisi apa yang arwah abi perjuangkan.
Semoga generasi cintakan Islam semakin berkembang.

antara moment terakhir Jiebah bersama abi. :')

Rasulullah saw. bersabda, 

“Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.”

 Ketika mensabdakan hadits ini Rasulullah saw. berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.

Salam,
Terima kasih, Allah.

11 ulasan:

  1. kenapa ngan qaid?sakit mata ke?hmm penyakit kanak2..better rujuk kepada hospital atau klinik pakar kanak2.kita pun tak tau apa masalahnya kan..bebudak bukan tau nak mengadu.

    Harap Qaid cepat sembuh ye.. insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah.. rasanya kena pergi juga ke hospital. macam x ada tanda nak baik. kita x tau mereka sakit apa dan skrg demam biasa pun x boleh dipandang ringan

      Padam
  2. kenapa tu engan qaid ? moga moga cepat smbuh ye sayang :D

    BalasPadam
  3. Kesian Qaid... Semoga cepat sembuh sayang Qaid...

    BalasPadam
  4. kesiannya. semoga cepat sembuh anak akak. insha Allah semuanya dipermudahkan

    BalasPadam
  5. Kesiannya tengok Qaid..dah ok ke sekarang?

    Saya pun ada sponsor juga tapi pemenang plak x contact. Ada 2 lg..suma 4 pemenang..

    BalasPadam
  6. semoga Qaid cepat sembuh.. kesian dia.. kecik lagi..

    BalasPadam
  7. alaa kesiannya. memang rasa sebak beno kalau anak sakit ni. cepat sembuh yer baby qaid.

    BLOG OH! BLOG

    BalasPadam
  8. mudah2an anaknya cepat sembuh yer... risau juga bebudak sakit ni... badan depa macam tak kuat nak tanggung... kesian jugak kat mak bapak...

    salam kenal

    BalasPadam
  9. alahai...kasihan sgt lihat keadaan si Qaid ni mata kuyu je...bagaimana keadaan si kecik tu skrg

    BalasPadam
  10. pada semua yg mendoakan, terima kasih. x mampu balas satu2 dalam internet yg ciput ni. alhamdulillah dah sihat sikit skrg ^^

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.