Khamis, 8 Januari 2015

Kakitembak Photography Challenge : Wedding Moments

Bismillah..


Baru-baru ini, photographer team @kakitembak minta ku pilih gambar terbaik untuk Wedding Moment 2014 dari keseluruhan koleksi perkahwinan mereka. Jadi, ku terfikir, daripada penat ku emel satu-satu gambar, baik ku buat entri sahaja. Lebih mudah paste link sahaja dan dapat pula berkongsi dengan pembaca blog ku. ^^,

Bagus juga bila buat begini, mereka mendengar komen dari orang lain untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan mereka di masa-masa yang akan datang.

Setelah diteliti, banyak sudah peningkatan mereka dalam setahun ini dan bukan hanya sekadar sesi fotografi perkahwinan, mereka juga banyak memberi khidmat fotografi luarpintu (outdoor) seperti tema persahabatan, pasangan dan lain-lain.

Jadi, disebabkan mata dah bling-bling, ku mula mengkategorikan pilihan gambar ku. Jadi, untuk entri pertama, inilah dia.

Disebabkan tahun 2015, ku pilih 15 gambar yang dirasakan melekat di hati *konon*

[ Kakitembak's Wedding Moment 2014 ]



[ 1 ]

bila tengok gambar ni, dengan teknik pencahayaan dan blur, rasa macam ada rasa ala-ala syahdu pula. Suci, romantis.

[ 2 ]

comel tengok gambar ni. Si suami pengemuda bahtera dan si isteri membantu mencari arah. ^^
sudut yang menarik bagi ku.

[ 3 ]

Ku perasan, gambar dari jarak jauh (zoom in) memang ada kesan yang bagus. Rona warna baju pengantin yang pekat dalam kesinambungan latar putih menaikkan subjek dari tenggelam dengan warna alam.


[ 4 ]

Nak tergelak pun ada. Comel betul shoot ni.


[ 5 ]

Ohh.. gambar perkahwinan Indian Couple ni buat ku rasa ohsem sangat dengan effect lens flare dari cahaya spotlight. Inilah moments!


[ 6 ]

Dah ada gaya macam Sultan dan Sultanah Tanah Melayu pula bila warna baju pengantin berlatarbelakangkan rumah papan tradisi Melayu.


[ 7 ]

Sekali lagi warna alam mengambil perhatian! Dengan senyuman semulajadi, mereka benar-benar 'menguasai' pesona alam ke dalam seri perkahwinan mereka.


[ 8 ]

Nampak macam sama-sama dihembus bayu Laut China Selatan bersama barisan pokok rhu yang memberi latar ceria dan tenang.


[ 9 ]

Entah sejak bila, ku mula sukakan persalinan putih susu untuk para pengantin. Nampak suci, bersih, romantis dan ada unsur-unsur 'kemanisan-alam-perkahwinan' di situ.

[ 10 ]

Sudut ni memang boleh menangis. Undi untuk gambar ini (^^<)


[ 11 ]

Haha! syhh.. jangan jeles.


[ 12 ]

ini juga salah satu pasangan yang nampak macam Sultan Tanah Melayu.
Biru memang padan dengan mereka.


[ 13 ]

Sempoi betul baju pengantin lelaki tu tapi tetap nampak gorgeous di sisi pengantin perempuan yang terserlah seri pengantinnya.


[ 14 ]

Dah macam kat luarnegara dalam musim lurruh pula. Nice one.





Dan gambar terakhir..


[ 15 ]

Suka betul gambar ni *kelipkelipmata*
Siapa kata latarbelakang kotaraya tak cantik untuk outdoor photoshoot.
Dah macam Sultan Melayu jatuh ke zaman alaf 21 dan kahwin dengan wanita di zaman sekarang tau.



Habis dah untuk cabaran Wedding Moments. Nantikan gambar lain dalam kategori lain pula ya (>__<)"


JADI, KALIAN SUKA GAMBAR YANG MANA?
-
-
-

psstt.. Kakitembak dah buka semula tempahan tarikh untuk 2015 ni.
Jangan bertindih tarikh dengan orang lain.
Siapa cepat, dia ohsem!
Klikk!!

Call us : 0129410190
Whatsapp : 01129180736
Wechat : kakitembak

For more random pictures

A variety album
Facebook Fanpage : Quegraphy Media
Album Blog : Kakitembak

Dapatkan diskaun dengan mention nama blog ku untuk sebarang tempahan (^^<)
atau boleh juga emel ku hzinnirah@gmail.com untuk
sebarang pertanyaan.


Salam. 
Allah itu ada. Kita yang selalu lupa.

10 ulasan:

  1. Semuanya cantik-cantik.
    Tak berpeluang saya nak bergambar camni time dulu-dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita T__T tak terfikir pun..

      tapi boleh juga abadikan moment dgn anak2 pulak.

      Padam
  2. perghhhh... semua cantik.. tak tau nk pilih yg mana

    BalasPadam
  3. arghh...semua pose cantik...kalau ada jodoh mmg nak pose seperti dalam gambar nih..wahhh..nampak akak berangan x habis2

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti kalau nak realisasikan angan2 tu, calling2 tau. hih

      Padam
  4. fuhh semuanya power! alahai syoknya fotoshoot. hurmm nak kawen T__T

    BalasPadam
  5. @nurinani @papablogger @tenkubutang jangan nangis ya. Jom photoshoot dgn kakitembak

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.