Jumaat, 30 Januari 2015

Sebak dan Terkilan..

Bismillah..

Sebak.

Dulu, ku diceritakan bagaimana besarnya bahana FB. Hingga satu masa ku menyedarinya dan mula mengurangkan benda-benda yang tidak perlu ditulis di situ. Hanya sebagai keperluan sebagai penghubung pada beberapa orang tertentu dan medan melihat perkongsian moment orang lain.

Hingga semalam..

Apa yang adik ku beritahu sangat mengguriskan namun bagi ku, ianya adalah salah satu ujian dalam membina keluarga bahagia, keluarga contoh. Ujian tidak akan habis sehingga kita mati malah saat di ambang maut pun kita akan diuji dengan menjadi rebutan antara nafsu dan syaitan. Jadi, ku belajar bertenang dan menerima ujian tu dengan hati yang terbuka dan mulut yang tertutup.

Petang tadi..

Sentap. Sentak.

 Ya, kamu! Saya sentap dan sangat-sangat tersentak dengan apa yang kamu tulis dalam CAPS LOCK bernafsu kamu.

Laju-laju ku tekan bahagian inbox, syaitan dah menunggang-nunggang nafsu. Baru salam dan ayat pertama, tergantung.. ku keluar semula dan mesej kakak ku. Minta pendapatnya. Pesanan umi ku ingat kuat, “BILA ORANG SERANG KITA, BERCAKAP BURUK SEKALIPUN FITNAH ATAU SALAH FAHAM, BUKALAH HATI DAN TUTUPLAH MULUT.” Bila seseorang berkata dari pengalaman, itulah yang terkesan dari anak matanya.

Tapi..

Bila apa yang orang lebih tua dari kamu menasihati dan kamu balas dengan penuh BERADAB sekali, rasa sebak tadi bertukar jadi terkilan hingga jari menari laju menaip luahan hati tanpa sedar akan ada orang lain yang membaca. TERKILAN, SEBAK, Berjaya kamu buat ku menangis atas benda yang ku tak jangka.

Benarlah kata pujangga,

TIDAK SEMUA KEBAIKAN YANG KAMU BERI, AKAN DATANG SEMULA DALAM KEBAIKAN.

DALAM KAMU MENYANGKA ADA PENGORBANAN KAMU UNTUK MEREKA, RUPANYA BAGI MEREKA, KAMULAH YANG PENYEBAB MEREKA TERKORBAN.



Alhamdulillah, setiap apa yang Allah takdirkan itu ada pengajarannya. Hari ini ku belajar,


 MENERIMA POLIGAMI BUKANLAH BERMAKSUD MENERIMA SEORANG AYAH ATAU IBU BARU ,BAHAGIA MENDAPAT ANAK INSTANT, ATAU BAHAGIA DENGAN MADU YANG BAIK ATAU MENERIMA PERLINDUNGAN DAN SUMBER HIDUP YANG BARU TAPI..





MENERIMA POLIGAMI ADALAH IANYA DARI ALLAH YANG DIPERJUANGKAN RASULULLAH, MENERIMA IA SEBAGAI SATU ASSIGNMENT MEMBINA KELUARGA ROLE MODEL, MENERIMA KESAKITAN DI DALAMNYA SEBAGAI KEINDAHAN DIDIKAN ALLAH YANG INGIN KITA KEMBALIKAN SEMUA KEPADA-NYA SEKALIGUS MEMBUATKAN KITA BERUSAHA YANG TERBAIK KERANA..


BAHAGIA ITU TIDAK ADA PADA MANUSIA 
TAPI IANYA ADA PADA TUHAN, ALLAHU..



Maaf atas kekasaran atau luahan tidak kena tempat saya, wahai kamu. Kita sama-sama terluka dan tidak akan terubat jika kita hanya mengubati diri sendiri. Pesakit, perlukan ‘doktor’ dan ‘nurse’. Semoga ada pengakhiran yang baik untuk kita. Tak pasti, mampukah saya senyum lagi di hadapan kamu selepas semua ini..


Allah, tolonglah hati-hati yang sedang terluka.

7 ulasan:

  1. kenapa nih? sis JM masih tidak faham hhuhu...pelbagai perasaan datang menerpa diri tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru faham sakitnya rasa kita lebihkan seseorg tu hingga dia lebih dr apa yg sepatutnya kita dpt, tapi dia balas mcm cmpak tahi kat muka kita. kalau ikut nafsu, nak balas juga biar bertepek2 balik. menggigil tgn, rasa nak terbang pergi berhadapan. tapi, belajar sabar dan tahan diri.

      belajar sbg cabaran supaya x cepat melatah bila menghadapi sesuatu yg lebih besar di masa akan dtg. *ketapbibir*

      Padam
    2. sabar yer ... kesimpulannya takyah lebihkan orang lain sangat. lebihkan diri sendiri dulu. sbb orang lain belum tentu hargai kita. boleh gitew ;)

      BLOG OH! BLOG

      Padam
  2. semoga diberi kekuatan buat semua yang mengalami.

    BalasPadam
  3. hal rumahtangga ker?? hmmm... better lupakan FB lah... banyak jugak keburukkan FB nih... ibarat mencampurkan segulung kain bersih dengan selembar kain kotor berlumur minyak... sudahnya semuanya akan jadi kotor...

    BalasPadam
  4. tu la kalau hal2 emosi ni better jauhkan diri daripada social network. ana pun x berani nk ckp ape. moga ada hikmahnya utk kita semua.

    BalasPadam
  5. sabar ye..memang susah nak memaafkan, tapi kene cuba..take some time and tenang2 ok ,,

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.