Rabu, 25 Februari 2015

Photoshoot Lagi! | Senja Di Ufuk

Bismillah..

by me..


Lamanya tak menarikan jari di atas keyboard laptop. Selalu menaip di keyboard klasik pejabat sekolah. Rupanya nikmat masa yang paling orang suka bazirkan. Rasa macam tak cukup 24 jam sehari. Allah tolong..

3 Februari lepas, Qaid dah setahun. Tiada hadiah berbungkus pun, dia masih kecil. Encik Q kata, dari sogokkan kebendaan dari kecil, lebih baik buat majlis tahlil dan bersedekah khas untuk dia. Bila dah besar nanti, barulah beri hadiah berbentuk kebendaan supaya dia rasa dihargai dan disayangi.

Tapi..

Team @kakitembak dengan gagahnya, ajak pergi buat outdoor photoshoot ala-ala red indian kut untuk Qaid ni. Makanya, dengan rasa teruja, mengangguk jugalah
.
gambar milik ku
semangat Encik Q

Tengok lokasi, rasa nak nangis. Salah pakai kasut! Pergi pakai wedges, terpleot banyak kali. Sakit betul kaki. Dalam masa 2 jam, mujur Qaid tak meragam walaupun rasanya dia panas dalam baju berbulu tu. Dulu bolehlah pakai waktu winter kat Australia. Sekarang kat Malaysia, tapi sebab baju tu putih dan nampak sesuai pulak dengan tema, sarung sajalah selagi dia buat perangai. Sengih-sengih tu tanda dia selesalah, kan?

Si kakak berangan seorang. Nak buat macamana, adiknya watak utama waktu tu.

tanpa edit
tanpa edit



tanpa edit

edit oleh @kakitembak
Ada jugalah kakaknya menyelit kann..

edit oleh @kakitembak
Melihat mereka tersenyum membuat ku terfikir, “Anak ku ke ni?” sekejap sungguh masa berlalu. Dah ada 2 ketul kanak-kanak Ribena dah.



cuba edit sendiri tapi jadi pelikk..
Terima kasih Allah atas nikmat ini.


DOA BUAT QAID



Sungguh ku yakin wahai Tuhan ku,
Kehadirannya ke dunia ini pasti ada hikmahnya.
Maka ku pinta, bantulah kami dalam membentuknya.
 tetapkan hatinya padaMu,

Jadikan dia seorang yang takutkan Mu dan rindukan Nabi.
Jadikan dia mampu memberi manfaat pada manusia lain.
Mampu berakhlak, mampu beramal, mampu mengharungi ujian dunia.


Ku mohon, jauhi dia dari mewarisi
kejahatan nafsu dan tabiat buruk kami 
yang menjadi sebahagian dari darah yang mengalir di segenap urat sarafnya.

Semoga ada saham Islam dari tangan kecilnya.


Aaminn..

 

Terima kasih, Allah.. 
 

1 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.