Khamis, 26 Februari 2015

Review | BB Cream Seqy Beauty by Eyzamiel

Bismillah..

 



[ REVIEW Seqy Beauty by Eyzamiel ]



Lama nak review sebab apa? Sebab nak cuba dulu dan rasa hasilnya. Ku hanya dapat saguhati makanya dalam tiub kecil saja. Jadi, mesti digunakan seeloknya. Inilah hasil pemakaian untuk 3 suasana berbeza.



11.      Kali pertama pakai waktu ku nak ke pejabat. Memang betul apa yang testimoni tu cakap. Ringan dan rasa tak ada apa-apa je kat muka. Memang boleh tutup cela. Awal-awal tu memang bercapuk. Jadi kena ratakan betul-betul supaya tak adalah orang datang dan tegur kita, “Pakai BB Cream, nampak!”

Kemudian ku hanya pakai bedak powder biasa. Selesa, dari pagi hingga tengahari di pejabat yang tidak berhawadingin. Balik rehat waktu tengahari, muka sedikit berpeluh (jalan kaki makk) tapi tak nampak pucat dan lesu waktu tanpa bedak.

 
22.       Kali kedua ku pakai waktu turun KL seharian dari tengahari sampai malam. Alkisah memerap di dalam kereta banyaknya sebab nak pergi satu ke satu lokasi ke satu lokasi yang lain, lama bebenor perjalanannya. Aduhai Key El.

Tahan sampai malam sebab ku memang sengaja apply waktu tak bersolat. Nak tengok tahan sampai bila. Tapi, ini dalam kereta hawa dingin memanjang. Tapi, kulit tak kering (sebab hawa dingin) macam selalu.
33.       Pakai waktu bertugas tengahari terik. Nak balik tu, cover sikit dengan bedak sebab dah mula berpeluh macam banjir tersimbah kat muka ni. Panasnyaaaa lahai..

Kesimpulannya, memang berbaloi pakai BB Cream ni kalau jenis nak cepat macam ku. Jenis kerja lasak sedikit, yang sukakan penjemuran di bawah sang suria bak permata emas gitu. Lebih-lebih lagi, BB Cream ni juga ada fungsi penjagaan kulit.


Ada rezeki, memang nak tukar produk! inshaAllah..

Psstt.. Kak Eyz ni comel orangnya dan mesra. Semoga terus sukses! Terima kasih, Kak Eyz sebab memilih ku sebagai salah seorang pemenang. (^____^)

Terima kasih, Allah..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.