Jumaat, 27 Februari 2015

Review | Ephyra Skin Bar dari Blogger Nashoney

Bismillah..


Dapat menjadi salah seorang yang terpilih untuk mencuba Sabun Ephyra. Bukan dari Mialiana ya, tapi dari Blogger Nashoney. Kalau tak silap, dapat bar ni waktu orang tengah sibuk dengan banjir. Terima kasih ya!

insan paling teruja nampak sampul oren!

entah kenapa flyers tu lebih memikat? err.. hehe..


Warnanya cantik, bauannya tidak kuat. Ala-ala aromaterapi. Lembut. Awal-awal ku guna untuk muka sendiri. Uish.. memang hilang kesan muka berminyak tu.

Tapi, tak adalah glowing macam testimoni yang lain. Iyalah, lain-lain keadaan tubuh badan dan jenis kulit juga. Alhamdulillah memang tidak ada jerawat jadi kesan yang nampak tu, kulit berminyak dah kurang.

Jadi, rasanya kalau buat gambar sebelum dan selepas, orang tak nampak kut rasanya sebab hanya kesan minyak. Itupun tak adalah ketara sangat cuma muka memang tak glowing. Kata penasihat (cehh)

Tiba-tiba teringat kaki Qaid yang gatal-gatal tu. Cuba apply pada tapak kaki dia setiap kali mandi. Alhamdulillah, kesan luka gatal yang dia suka gosok-gosok tu kering dengan agak cepat juga.

Keseluruhannya, Ephyra Skin Bar ni perlu digunakan bersama produk Ephyra yang untuk dimakan tu, barulah nampak kesan yang ketara dan cepat. Ibarat satu tangan kiri dan satu tangan kanan, barulah cepat dan memuaskan hasilnya. Satu memulihkan bahagian dalam, satu mempercepatkan proses dari luar.

 


Tabik buat semua testimoni yang berjaya. Ephyra adalah salah satu produk yang boleh dipercayai. (^___^)<


 

Terima kasih, Allah..

1 ulasan:

  1. almost sebulan sis JM minum jus Ephyra dan guna Ephyra Skin bar ni...selepas balik bercuti di Thailand dan balik dari misi bantuan banjir..kulit muka sis JM terbakar teruk dan ada kesan jeragat dan jerawat..then member adik nasihatkan supaya cuba kerana ramai yg minum dan guna sabun tu..BERKESAN..so sis JM try sabun selama 5 hari dan minum jus Ephya 10 sachet..alhamdulillah semua noda di kulit telah hilang dan sekaranng maintain dan dh masuk kotak ke dua...Ephyra mmg terbaik...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.