Selasa, 28 April 2015

Batu Hampar | Jiwa Tanpa Jasad

Bismillah..


Cerita mungkin sudah lama tapi biarlah diabadikan di dalam tulisan biar menjadi tatapan, perkongsian titian hidup yang tidak kelihatan kesudahannya.

[ Perjalanan Ke BH ]


Waktu musim banjir akhir tahun lepas (2014) ku mengikut Encik Q menghantar adik iparnya menjalani kursus Membina Jiwa sebelum memulakan persekolahan berasrama penuh Tingkatan 1. Perjalanan ke Batu Hampar suram. Langit mendung dan sekali sekala perjalanan kami dihujani rembesan air halus dari langit. Sukar untuk ku melelapkan mata, memandang kiri kanan pemandangan yang membuatkan kelipan mata terhenti. Siapa kata Malaysia tidak setanding keindahan negara lain?



Beberapa kali Encik Q senyum senget melihat usaha ku merakam gambar dalam kenderaan yang bergerak laju dan bergoyang. Sekejap delete, sekejap mengeluh bila terlepas pemandangan cantik.



Oleh kerana perjalanan yang dirancang pagi tapi bertolak selepas Zohor, makanya memakan masa yang agak panjang ditambah jalan yang agak licin, tak berapa nak pecutlah. Terlajak pula (terlupa jalan masuk) sampai beberapa kilometer di hadapan. Sempat singgah makan dek kebuluran. Makanya, kami memutuskan untuk bermalam di Batu Hampar sahaja memandangkan malam sudah larut ditambah pula Encik Q nak pusing-pusing Batu Hampar di siang hari. Maklumlah, bandar ‘lagenda’ untuk mereka-mereka yang pernah meletakkan jasad dan jiwa di sana.



Malam itu, Qaid demam. Mungkin kerana berjalan malam dan cuaca pun kerap berubah. Namun, lenanya kami rasa macam tak nak bangun.


[ BH Di Bawah Cahaya Pagi ]


Esok pagi, bila matahari mula mencurahkan anugerahnya ke setiap celahan dahan pepohon sawit, ditambah dengan angin yang setia berhembus.. Batu Hampar mula menunjukkan sisi memorinya. Banyak pembangunan sudah merubah air muka tanah ini. Ternyata, ia ada dalam cebisan memori silam ku. Di sinilah tempat umi pernah merelakan jiwa dan raganya berbakti. Secara tidak langsung, mengaitkan ku jua. Di sini juga beberapa tahun dahulu diadakan Kursus Remaja Ikhwan Semalaysia. Teringat sungguh pengalaman yang dirindukan, pengalaman kesusahan yang manis.





Wahai para barisan pemimpin, terima kasih kerana mengadakan kursus itu. Ku masih ingat rata-rata  remaja yang ikut kursus tu, walaupun pada awalnya berat hati nak ikut tapi akhirnya akur, kursus seperti itu patut dilakukan paling kurang setahun atau 2 tahun sekali. Pengisian hati buat mereka yang tidak sedar rupanya ada tsunami di dalam jiwa. Ianya bagai ‘refresh’ semula setiap apa yang pernah menerjah diri sewaktu sedang mencari identiti suatu masa dahulu..




Di sini, banyak 'jiwa' yang tertinggal tanpa jasad. Ilmu yang tidak berganjak, biar berubah namun kesan di hati semakin mendalam, sedalam tenggelam jiwa di dalam ujian.
Bagi sesetengah orang, inilah gagang kepada pepatah,
"Bagai sirih pulang ke gagangnya."

Ku bersyukur menjadi sebahagian dari sejarah Batu Hampar.

Ianya adalah tentang.. keindahan hidup berjemaah. Ianya adalah tentang.. 

 FITRAH. HATI. BAHAGIA.



Baru beberapa tahun, Batu Hampar lebih ‘cerah’ (mana entah semua hutan dulu-dulu), lebih lapang, lebih meriah.


Semoga ada saham akhirat di sini, 
Ampun Allah, Allah-lah yang punya.

AAAP.

Intan Berlian Mega | Giveaway 2015

Bismillah..

[ Banner ]



Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA & AQILAH YANG AKAN CABUT UNDI (",)


P/s : Terima Kasih sebab sudi join IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 (",)

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

*********

Ok, terharu dengan doa terakhir tu. Sebenarnya masih ragu-ragu, syaratnya copy entri saja ke? Tapi, sebagai penghargaan, ku follow juga sebab banyak manfaat dan faedah kat blog empunya Giveaway ni. 4 tahun menulis kutt.. Jom terjah ya ^^

AAAP.

Contest | Buy AVON Online

Bismillah..

Selalu pergi rumah mana-mana, mesti nampak katalog Avon. Kalau dah namanya perempuan, memang minatlah nak telek lagilah bahagian warna-warna mekap tu. Kalau ada tester minyak wangi, pakat gosok tangan dengan adik-adik. Seronoklah sebab wangi. Tapi, tak pernah terfikir nak beli.

Bila dah jadi 'wanita', baru terasa menarik tertarik dengan Avon. Rata-rata pengguna Avon beri komen positif lagi-lagilah untuk beberapa produk tertentu tapi susah juga nak jumpa kedai Avon ni (sedangkan diri sendiri yang jarang keluar).

Bila nampak Giveaway ni, terus klikk! Ehh.. boleh beli online-lah. Ketinggalan sungguh. Ini bukan tentang kegilaan kaki shopping online tetapi ini tentang kemudahan dalam mencari keperluan diri. (bukan alasan!)


   [ Banner ]   



5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10


Simple Contest For Great Gift =)

GiveAway tamat pada 30 April 2015.

Rupanya masih sempat. Jom meriahkan lagi. Peluang kita tak pernah tahu, kan?

AAAP.

Isnin, 27 April 2015

Giveaway | Sayang by Scha Nazri

Bismillah..

Mukaddimah kedua sebagai pembukaan semangat baru.

[ Banner ]


Kenapa saya nak menang?

Sebab saya budiman, tak menang pun takpe. Nak support rakan blogger..
TIPU! Siapa taknak menang, kan? *hihi*

Salam Perkenalan ,Scha Nazri!

Ampun Allah. Allah-lah Yang Punya

Giveaway | 1st Luarteko.Blogspot.com

Bismillah..

[ Chipsmore ] beginilah kalau blog menjadi medan sampingan. Sudah berapa lama tidak menulis, membazir saja bayar modem setiap hujung bulan. Maka, dengan kelapangan yang masih bersisa, ,mukaddimah untuk kembali berblogging, ku sertai dengan salah satu aktiviti wajib untuk komuniti blogger, GIVEAWAYYY!!

Dah lama sangat abang posmen tak berhenti depan rumah. Asyik-asyik rumah jiran je. Mana tahu akan ada yang mencelah nanti. (^_____^)

[ Banner ]


\Otak masih sarat memikirkan tentang hal urusan yang seakan tiada penghujung, relakskan diri membaca entri-entri di blog yang baru jumpa pertama kali ni. Nama 'luar teko' tu memang catchy. Teringat kat umi *tiba-tiba*

L - Lara jiwa, derita, kecewa,
U - Ujian datang menagih air mata,
A- Allah kan ada, mengapa dilupa
R - Remuk redam seakan Dia memberi bala.

T - Tadahlah tangan, seru namaNya
E - Engkau tidak pernah ditinggal keseorangan
K - Kan Engkau hambaNya jua
O - Oleh itu, kembalilah kepadaNya.

Pantun 2 kerat spontan sebab masih ada jiwang-jiwang terasa lepas demam album baru Generasi Harapan ni. Memang menangkap lirik-lirik dia. Pantun ni terhasil dari lagu Tuhan Kan Ada. Siapa yang masih belum dengar, boleh cari album diorang. Kalau tak tahu nak dapat kat mana, boleh saja emel ku, nanti hzinnirah@gmail.com dan akan ku serahkan alamat pengeposan kalian pada pihak pengurusan mereka *ajet-ajet kerja satu blok dengan GH*

 Memang boleh menangis kalau dihayati satu-persatu bait lirik lagu-lagu ini.

Ampun Allah, Allah-lah Yang Punya