Selasa, 28 April 2015

Batu Hampar | Jiwa Tanpa Jasad

Bismillah..


Cerita mungkin sudah lama tapi biarlah diabadikan di dalam tulisan biar menjadi tatapan, perkongsian titian hidup yang tidak kelihatan kesudahannya.

[ Perjalanan Ke BH ]


Waktu musim banjir akhir tahun lepas (2014) ku mengikut Encik Q menghantar adik iparnya menjalani kursus Membina Jiwa sebelum memulakan persekolahan berasrama penuh Tingkatan 1. Perjalanan ke Batu Hampar suram. Langit mendung dan sekali sekala perjalanan kami dihujani rembesan air halus dari langit. Sukar untuk ku melelapkan mata, memandang kiri kanan pemandangan yang membuatkan kelipan mata terhenti. Siapa kata Malaysia tidak setanding keindahan negara lain?



Beberapa kali Encik Q senyum senget melihat usaha ku merakam gambar dalam kenderaan yang bergerak laju dan bergoyang. Sekejap delete, sekejap mengeluh bila terlepas pemandangan cantik.



Oleh kerana perjalanan yang dirancang pagi tapi bertolak selepas Zohor, makanya memakan masa yang agak panjang ditambah jalan yang agak licin, tak berapa nak pecutlah. Terlajak pula (terlupa jalan masuk) sampai beberapa kilometer di hadapan. Sempat singgah makan dek kebuluran. Makanya, kami memutuskan untuk bermalam di Batu Hampar sahaja memandangkan malam sudah larut ditambah pula Encik Q nak pusing-pusing Batu Hampar di siang hari. Maklumlah, bandar ‘lagenda’ untuk mereka-mereka yang pernah meletakkan jasad dan jiwa di sana.



Malam itu, Qaid demam. Mungkin kerana berjalan malam dan cuaca pun kerap berubah. Namun, lenanya kami rasa macam tak nak bangun.


[ BH Di Bawah Cahaya Pagi ]


Esok pagi, bila matahari mula mencurahkan anugerahnya ke setiap celahan dahan pepohon sawit, ditambah dengan angin yang setia berhembus.. Batu Hampar mula menunjukkan sisi memorinya. Banyak pembangunan sudah merubah air muka tanah ini. Ternyata, ia ada dalam cebisan memori silam ku. Di sinilah tempat umi pernah merelakan jiwa dan raganya berbakti. Secara tidak langsung, mengaitkan ku jua. Di sini juga beberapa tahun dahulu diadakan Kursus Remaja Ikhwan Semalaysia. Teringat sungguh pengalaman yang dirindukan, pengalaman kesusahan yang manis.





Wahai para barisan pemimpin, terima kasih kerana mengadakan kursus itu. Ku masih ingat rata-rata  remaja yang ikut kursus tu, walaupun pada awalnya berat hati nak ikut tapi akhirnya akur, kursus seperti itu patut dilakukan paling kurang setahun atau 2 tahun sekali. Pengisian hati buat mereka yang tidak sedar rupanya ada tsunami di dalam jiwa. Ianya bagai ‘refresh’ semula setiap apa yang pernah menerjah diri sewaktu sedang mencari identiti suatu masa dahulu..




Di sini, banyak 'jiwa' yang tertinggal tanpa jasad. Ilmu yang tidak berganjak, biar berubah namun kesan di hati semakin mendalam, sedalam tenggelam jiwa di dalam ujian.
Bagi sesetengah orang, inilah gagang kepada pepatah,
"Bagai sirih pulang ke gagangnya."

Ku bersyukur menjadi sebahagian dari sejarah Batu Hampar.

Ianya adalah tentang.. keindahan hidup berjemaah. Ianya adalah tentang.. 

 FITRAH. HATI. BAHAGIA.



Baru beberapa tahun, Batu Hampar lebih ‘cerah’ (mana entah semua hutan dulu-dulu), lebih lapang, lebih meriah.


Semoga ada saham akhirat di sini, 
Ampun Allah, Allah-lah yang punya.

AAAP.

4 ulasan:

  1. adakah gambar frofail tu di ambil semasa ke BH sbb tudung dan baju almost same :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan almost dah mmg most pun! hasil photoshoot tempohari

      Padam
  2. salam perkenalan sis.. unik nama tempat tu batu hampar.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. unik kan! batu dihampar dah mcm selimut je

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.