Ahad, 17 Mei 2015

Segmen | Cash by Inani Hazwani

Bismillah..

Again! Ada lagi nama makcik yang bertambah makcik ni dalam senarai para sponsor. Maju jaya nampaknya dan dah tak berapa busy tu.. Meh meh support rakan blogger dan jangan terpedaya dengan tarikh pada banner sebab tarikh tutup dan diawalkan!

22 MEI 2015. Nasiblah siapa yang nak join akhir-akhir tarikh tu. hihi

[ Banner ]



Syarat - Syarat Wajib :

1) Buat satu entri khas segmen ni.
2) Follow blog & Add Google + :
3) Follow Instagram : * Kalau tiada instagram pun boleh join *
4) Masukkan dalam bloglist  blog :
5) Like page :
6) Tinggalkan link url dekat bawah ni.


Selesai ikut semua syarat! pheww~~

AAAP

Jumaat, 15 Mei 2015

Trailer | Pesan Dari Tuhan, Platform AlHijrah

Bismillah.

[ Trailer : Pesan Dari Tuhan ]




Baru nak update sedangkan orang lain dah tonton pun tapi sebab ku sukakan trailer filem pendek ini, makanya ku abadikan di sini. Buat kali kedua, kumpulan nasyid Generasi Harapan mempersembahkan filem pendek mereka.

Ku baru tonton sukuuuu cerita saja tapi trailer dia macam best je dari naskhah pertama diorang, Nurul Iman. Lokasinya di luarnegara.


album yang diterbitkan seiring dengan filem pendek ini.

Jika kalian memandang secara teknikalnya, memang masih ada kelemahan. Mereka mempunyai batasan peralatan yang terbatas apalagi mereka berada di luarnegara, berbanding dengan filem Nurul Iman yang mana audionya lebih baik.

Tapi jika diteliti dari mesejnya, sangat padat. Tangkap leleh.. Jadi, bukakan hati anda dan lapangkan fikiran sebelum menonton kerana kalian pasti tersentuh dengan mesej yang ada.

Semoga Allah membuka laluan dan bantuan untuk mereka mencetuskan filem yang lebih gempak, sarat dan hebat dari segi penyampaian, media dan susun aturnya.




siri pertama.
Ikhlas dan Kaya Hati air tangan AGH.

Harap nanti akan terpilih juga untuk disiarkan di Platform saluran TvAlhijrah yang disiarkan setiap Sabtu, 9.00 malam yang menampilkan siri-siri drama pendek hasil karya anak tempatan. fobia dengan tomato yang mana salah satu daripada anak tempatan itu adalah hasil seni Akademi Generasi Harapan. Peminat ni! Drama pendek mereka kebanyakannya sangat padat dengan mesej.




UNTUK MEMBERI TIDAK PERLU MENJADI KAYA..
Jangan lupa tonton ya!

Kredit gambar dari Page Al Hijrah.
AAAP



Segmen | Cash RM500 by Aku Penghibur

Bismillah..

Sebenarnya rasa tak menyempat nak update waktu masih dalam jadual program Qiamulail ni tapi tiba-tiba ternampak nama seseorang dari kalangan barisan sponsor, terus laju saja ku bookmark! Hihi^^ hai Kak Chik! Amboi.. menjadi salah seorang sponsor segmen ya.

Dan satu lagi tertarik nak join sebab mana tahu dapat hadiah birthday yang jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh penutup segmen. 17 MEI .. harap-harap adalah hadiahnya. Dah tua gajah, orang cuma wish saja, nak juga hadiah. =______="

[ Banner ]





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21,/ @sayidah napisah,/ @norazilah72/



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com

Selesai ikut syarat! Publish.

AAAP

Rabu, 6 Mei 2015

RCN | Bentuk Apa Hati Kita?

Bismillah..


..طفله ﺳﺠﺪﺕ ﻋﻨﺪﻣﺎ ﺭﺃﺕ ﻋﺮﺑﺔ ﺍﻵﻳﺲ ﻛﺮﻳﻢ
ﻓﻘﺎﻟﻮﺍ ﻟﻬﺎ : ﻟﻤﺎﺫﺍ ﺳﺠﺪت؟؟؟
ﻓﻘﺎﻟﺖ : ﺃﻣﻲ ﻋﻨﺪﻣﺎ ﺗﻔﺮﺡ ﺗﺴﺠﺪ…
احسنوا تربية ابنائكم

Seorang budak perempuan bersujud ketika melihat ais krim.
Maka orang tanya kepada dia: "Kenapa bersujud?"
 Dia pun menjawab, "Mak saya bila dia gembira dia akan bersujud."

Perelokkanlah didikan ke atas anak-anakmu.


👍👍👍👍




-عامل يصلح مكيفات مسجد ثم رفض الأجرة وقال :أوصتني أمي بأن لا آخذ أجرة على عمل لمسجد !!
تعجبوا من أمه ،، وأنا سأتعجب من بره ..

Seorang laki membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia menolak upah yang diberi dan berkata: "Mak saya berpesan supaya tidak mengambil upah kerja untuk masjid."

Orang-orang kagum dengan emaknya dan saya kagum dengan kebaikannya.

👍👍👍👍



-سئل أحد الصالحين لماذا تذهب للمسجد قبل الآذان ،، قال :الآذان لتنبيه الغافلين وأرجو أن لاأكوون منهم !!
(نسأل الله السلامه)..

Seorang orang yang soleh ditanya mengapa dia pergi ke masjid sebelum azan. 
Dia menjawab: "Azan untuk peringatan kpada orang-orang yg lalai/lagho/ralit (dengan dunia). Dan aku berharap aku tidak tergolong di kalangan mereka!!

( kita mohon dgn Allah akan kesejahteraan, keselamatan dunia akhirat)

👍👍👍👍



-سألته لم تحرص على شرب الماء في المسجد دائما وأنت تجده في بيتك ؟!!
قال : لكي يؤجر من وضعه في المسجد
"نفووس راقية"

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air itu di rumah kamu pun ada?!!
Dia menjawab: "Supaya orang yang letak air di masjid diberi ganjaran.

👍👍👍👍



-إذا وصلتك فضيحة لأحدهم فأجعلها تقف عندك ؛ فإن وقفت عندك أخذت أجر الستر ومن ستر مسلمآ ستره الله ..

Bilamana sampai  kepada kamu gosip-gosip tentang seseorang daripada mereka maka biarlah gosip itu terhenti setakat kamu sahaja. Dan kalau betul terjadi berita itu berhenti setakat kamu sahaja, bermakna kmu telah mendapat pahala menutup aib orang. Baragsiapa yang menutup aib mana-mana muslim, Allah akan menutup juga aib dia.

👍👍👍👍



ثلاث ادعيه لاتنسونها في سجودكم :-
- اللهم إني اسألك حسن الخاتمه ،
- اللهم ارزقني توبةً نصوحه قبل الموت
- اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك"
( من غير التخصيص )

3 doa yang wajar kamu ingat untuk dibaca semasa sujud-sujud kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dengan Mu pengakhiran yang baik.
2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha sebelum aku mati.
3. Wahai Allah yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tanpa sebarang pengkhususan)

👍👍👍👍



حتى اذا نويت نشر هذا الكلام انوِ به خيرا لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا والاخرة.
وتذكر :~ افعل الخير مهما استصغرته'''=-)

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn sahaja itu pun sudah dikira sebagai kebaikan. Moga-moga dengannya Allah melepaskan kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di dunia dan akhirat.

Bentuk apa agaknya hati kita?

Peringatan:~ buatlah kebaikan walau sekecil-kecilnya. '' :)



Sumber imej : Encik Google mata bulat

 AAAP.

Giveaway | Max & Bella 2nd Birthday

Bismillah..

[ Yana Pink ]


Assalamualaikum w.b.t.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday sempena birthday my babies bulus Max & Bella yang ke-2 (16 April 2013 ~ 16 April 2015).

[ Banner ]


http://yanapinkblossom.blogspot.com/2015/04/giveaway-max-bella-2nd-birthday.html?m=0
Klik BANNER untuk join (^^,)

Tarikh Mula : 18 April 2015 (12.01am) | Tarikh Tutup : 16 Mei 2015 (11.59pm)

**kalau menang, dapatlah hadiah birthday 17hb tu.. ^^

AAAP. 


Selasa, 5 Mei 2015

RCN : Power Sepotong Ayat

Bismillah..

[ Rahsia Cinta Nabiku (RCN) ]


Kelebihan Berselawat



Sabda Rasulullah saw, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail as telah berkata..”

JIBRIL :  “Wahai Rasulullah, barangsiapa yang membaca selawat ke atas mu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian sirat seperti kilat yang menyambar.


MIKHAIL : “Mereka yang berselawat ke atas mu akan aku berikan mereka itu minum dari telaga mu.”

Image result for water images

ISRAFIL : “Mereka yang berselawat ke atas mu akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepala ku sehingga Allah mengampunkan dosa orang itu.”



IZRAIL  : “Bagi mereka yang berselawat ke atas mu, akan aku cabut roh mereka itu seperti aku mencabut roh para nabi.”


Tidak nampak lagikah kita dengan kelebihan sepotong ayat ini? Tapi hakikat manusia, sudah tahu kelebihannya masih mahu humming lagu Korea dan Barat yg tiada manfaat..

 Salam. Allah itu ada,
Kita Yang Selalu Lupa..

Giveaway | by Kameq Deanna

Bismillah..

[ Banner ]



Alhamdulillah, masih ada segelintir blogger yang buat GA tanpa syarat yang memeningkan. Untuk entri sedas lalu, memang seronoklah kalau jumpa GA yang macam ni. Pemenang pun menggunakan khidmat random.org jadi tiada istilah nak membodek.

Syarat ringkas dan comel secomel header.
rasa nak tarik je serkup cumil tuh. hihi^^


Bila blogger buat macam ni, kita pun senang hati nak follow dan like mana-mana yang tak wajib tu. Terima kasih, Kameq Deanna! Boleh usha page Safiana Fabrique. Cantik-cantik fabrik yang ada. Ala-ala MODE mcm tu..

Salam Ukhwah!

AAAP.