Ahad, 12 Julai 2015

Biskut Raya Ikhwan Ohsem!

Bismillah..


           [ Biskut Raya Ikhwan ]          

Alhamdulillah. Mengatasi segala isu-isu berkenaan produk-produk di pasaran, syarikat pengeluar produk bumiputera dan Islam yang bagi ku adalah terbesar di Malaysia, Global Ikhwan Holdings kini melancarkan pengedaran besar-besaran kuih raya ke seluruh Malaysia termasuk juga Singapura dan Brunei.

wajib ada

Ku berpeluang melihat sendiri pengurusan pembuatan kuih muih ni. Huii.. berpeluh jugalah sebab kuih mereka ni semuanya fresh dibuat waktu Ramadhan! Bukan seperti sesetengah pembuatan kuih yang dibuat sebelum puasa lagi!

antara yang terlaris. Sarang Semut.
Mana entah pergi semut-semutnya =___="
pasangan tart teratai, tart gulung

Sempat menyendeng merasai pengalaman di dapur bakeri. Bergelut dgn kepenatan lapar dan dahaga, lenguh kaki dan bahang oven, tengok jari melecet pula sebab menekap acuan kuih. Terasa ohsem sangat! Pengalaman yang tidak ada di mana-mana. Baru satu syif dah penat macam usung batu atas kepala. Tabik pada mereka yang berusaha.

Terdetik soalan di hati, "Tak rugi ke? Besarnya risiko buat kuih sebanyak ini dgn harga tolak yg murah bagi pembelian borong."



Tup tup salah seorang dari team pengurusan beritahu, "Kita berniaga bermula dari zero, semuanya untuk berkhidmat dengan manusia. Biar tidak untung tapi sampai air tangan orang Islam sendiri ke tangan orang Islam. Semuanya untuk wibawakan Islam juga."

Ada benarnya. Ku mengiyakan di dalam hati. Kalau niat sudah untuk memperjuangkan sistem Islam, mana mungkin Allah tak bantu, kan?

duta : Generasi Harapan

Dengan ber-duta-kan Generasi Harapan yang turut ohsem makanya berdouble lah ke-ohsem-an Kuih Raya Ikhwan nih. Jom usha senarai kuih. Tidaklah semua. Mahu berat nak loading.






oren pulakk






Mesti cuba! ROCKY ROCKKK!!


haa.. yang ini baru bagi ku. tengah usha-usha, terus kaut sebalang. Sedap rupanya! Ini kuih versi kalau nak hidang kena dalam balang kecil-kecil saja. Kalau tak, habis yang itu saja. Kelembutan rapuh meringue yang diseimbangkan dengan kacang kuaci yang krup krup *hiperbola*

Jangan risau. Walau jauh, boleh dapatkan juga kerana ejen dan pengedar meluas seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Boleh rujuk page Biskut Raya Ikhwan di Facebook untuk maklumat ejen dan boleh emel ku dan nyatakan lokasi, ku akan berikan nama ejen dan cara menghubungi.

Ingat, biskut ni fresh tauu! Hatta tengah menaip sekarang ni, adunan Almond sedang dicelup coklat dan tart sedang meng-ohsem-kan diri di dalam oven (^^,)



Semoga Islam terus bangun bersama tangan-tangan yg yakin dengan janji Allah dan berusaha untuk menjadi sebahagian darinya.

Aaminn..



2 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.