Sabtu, 4 Julai 2015

RCN | Menunggu vs Merebut

Bismillah..


Ku lihat deretan hamper dan hadiah di sisi. Ku tunggu keputusan cabutan bertuah di tangan.
Memang berharap akan dapat. Biarpun duduk diam di meja, tapi hati debar-debar juga. 
Andai dapat, dapatlah, Kalau tak dapat, tak apalah. Mungkin bukan rezeki di waktu ini.. 
tapi harap dapatlah.. harap sangatt.. 
sampai renyuk kertas nombor cabutan di tangan.

.

.

.

.

.

.



Tak boleh jadi, cabutan bertuah yang lepas tak dapat. Kali ini kena dapat juga! Orang lain boleh dapat, takkan ku nak menganga seorang?
Dari meja cabutan bertuah, ku maju ke depan untuk mencuba nasib mana tahu ku dapat jawab soalan yang dirberikan. Bukan calang-calang hadiah.
Setiap kali soalan diajukan, ramai sungguh yang mengangkat tangan. Terasa diri tengge;a, di tengah-tengah manusia yang bijak pandai.

"Haaa.. kamu yang rendah tu!"

OMG, OMG!
Berlari ku ke pentas dalam keadaan tidak percaya.
Microphone ku genggam dengan mata bersinar.


"Alaa.. jawapan tak tepat. Sikittt je lagi nak tepat. Cuba lagi ya dik?"

Huk! Rasa darah turun ke kaki. Rasa nak seret dahi sepanjang turun dari pentas dengan wajah yang tebal terasa kerana memberikan jawapan yang salah! Sedangkan soalan yang begitu senang.

Rasa malasa dah nak mencuba. Memang tak ada rezeki la kali ni. InshaAllah cuba lagi lain kali!
 krik..krikk..

Akan ada lagi ke peluang macam ni?
Dapat ke datang ke majlis macam ni lagi?
Akan ada ke hadiah yang sama yang dijanjikan seperti hasri ini?

Ajet-ajet penuh motivasi dalam diri, ku berpatah balik ke ruangan tetamu.

Mungkin ku tidak pandai, tapi ku berusaha.

Mungkin ku kecil tidak terlihat tapi ku ada semangat.

Mungkin bukan rezeki kali ini tapi ku yakin doa itu senjata.

Mungkin ku tak akan dapat mencuba lagi tapi keyakinan itu ada.

USAHA, SEMANGAT, DOA DAN YAKIN.
AKU HANYA BOLEH BERSERAH SELEPAS 4 PERKARA INI
BARULAH TIADA SESAL SELEPAS MAJLIS BERAKHIR NANTI.

mana mungkin ku pulang dengan tangan kosong sambil memandang mereka yang lain membawa hadiah masing-masing.

"Allah.. tolonglah.."

Tanpa suara, ku memandang tepat ke arah pengacara program.

"Haa.. adik yang tadi tu nak cuba lagi tak?"

Perjalanan ke pentas seakan berlalu dalam masa 1 saat. Sedar-sedar hadiah di tangan.

"Terima kasih, Allah.."


.

.

.

.


Merebut dan menunggu tidak sama.

Malam Lailatulqadr bukan untuk ditunggu.

Kalau ia tiba di saat kita menunggu, tidak bersedia.. maka ia berlalu begitu saja..

malah mungkin kita tidak sedar.

.

.

.

andai mungkin tiada dalam lipatan takdir, Lailatulqadr itu ada..
Tapi mana mungkin Allah menghampakan hamba-hambaNya yang sudah berharap sepenuh jiwa raga.
Berusaha dan menagih sehabis mungkin agar Tuhan rezekikan padanya sementara dia masih di dalam 'majlis' dunia.
Mana mungkin doa itu tidak terdengar ke langit.

.

.

.

Tuhan akan membayar, 
dengan harga yang tertinggi untuk sekeping hati.
Yang tidak pernah..
tidak pernah putus lagi dariNya..




Marilah merebut, bukan hanya menunggu..


3 ulasan:

  1. akhirnya berjaya juga dapat cabutan bertuah tu ye...ye Allah maha mendengar rayuan hamba nya....so rebutlah peluang yg ada...nyawa masih di badan..rebutlah malam lailatul qadar..setahun sekali shj...belum tentu kita akan ketemu lgi thn hadapan

    BalasPadam
  2. Allahu..trma ksh atas perkongsian..jgn berhenti berdoa di malam2 terakhir ramadhan..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... Jika dah rezeki kan

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.