Sabtu, 28 Februari 2015

Minda | Dalam Memburu, Kita Diburu

Bismillah.. 

[ Dalam Memburu, Kita Diburu ]


Di dalam kita memburu, kita diburu

Banyak orang yang tidak tahu

Ada yang tahu tidak terasa diburu

Kerana itu dia juga adakalanya lupa yang dia diburu

Manusia memburu sambil diburu

Memburu harta, memburu nama, memburu takhta

Memburu wanita, dan memburu apa sahaja yang bersifat dunia

Di dalam memburu dia diburu

Dia diburu oleh Atid merekod kesalahannya

Merakamkan di dalam fail segala bentuk dosa-dosanya

Sehalus apa pun dan di tempat mana pun semua dapat direkodnya

Selepas itu Allah perintahkan SB-Nya

menangkap hamba-Nya yang sedang memburu itu

SB itu Malaikal Maut namanya

Tidak ada seorang pun yang lepas dari tangkapannya

Adakalanya manusia itu ditangkap di istana

Adakalanya ditangkap di pejabatnya

Tidak kurang juga ditangkap di rumahnya dan di jalan-jalan raya

Waktu dia memburu  wanita di situ juga dia kena

SB Tuhan menangkap pemburu-pemburu dunia di merata-rata

Setelah ditangkap direman di lokap Alam Barzakh namanya

Di sana disoal siasat kerja-kerjanya oleh SB-SB yang lain pula

Munkar dan Nakir namanya dengan bengisnya

SB-SB pemerintah pun kena reman di sana juga

Kalau tidak betul menjawab kena lanyak dan belasah dengan marahnya

Remuk-redamlah tulang-tulang manusia dibuatnya

Wahai manusia termasuklah saya

Ingatlah kita sedang diburu waktu kita sedang memburu

Buruan kita belum tentu dapat kita tangkap

Tapi kita yang menjadi buruan pasti kena tangkap.


#AllahTolong

Khamis, 25 Disember 2014

UK | Seret Dahi Di Papan Kekunci

Bismillah..


You can flatten the paper and try and make it as straight as you want but it will never be perfect again.

Oh Tuhan..

Ya Allah..

Ya Rahman..

Ya Rahim..

Ya Rabb..

Ya Hayy..

Ya Karim..

Ya Qudus..

Ya Salam..


Kenapa jahat sangat hati ini..
syaitan kalahkan ku.. lagi..


Ya Latiff..
Ya Latiff..
Ya Latiff..
Ya Latiff..
Ya Latiff..
Ya Latiff..
Ya Latiff..
Ya Latiff..
Ya Latiff..


Hmm.. apa susah? Tukar kertas mukasurat yang baru. 

Tetap dari buku yang sama, kan?


InshaAllah..
1.59 am | 25 Disember 2014


 psstt.. tidurlah wahai anak..

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

Selasa, 11 November 2014

Resepi | Sambal Belacan Pum Pam!

Bismillah..


[ Asam Garam Rumahtangga ]


*amek kau*

Baru-baru ini, sedikit perselisihan faham berlaku antara ku dengan Encik Q. Asam garam perkahwinan. Mana ada gelak ketawa sahaja sepanjang masa.

Macam makanan, tak sedap kalau makan nasi kosong saja. Sekali sekala, ingin juga sarapan roti canai planta yang manis. Makan tengahari yang pedas. Dan makan malam yang panas-panas.

Tidak begitu sedap juga kalau setiap hari makan tomyam sahaja. Sarapan tomyam, tengahari makan tomyam, malam tomyam, minum petang pun tomyam! Makan nasi kosong, ikan goreng dan sayur, tambah belacan yang bercili padi tu, baru ada kick!

Jadi kalau perkahwinan kalian best sahaja, bahagia dan sengih-sengih ketawa sahaja sepanjang 5, 10 tahun, perkahwinan kalian tak ada kick lah, *hihi*

Hmm.. Tapi, memang tak best bila hubungan kita dengan suami tak selesai. Makan tak sedap, tidur tak lena. Jiwa tak tenang. Walaupun sudah settle rasa ralat sangat sebab kesalahan yang berulang. Haila perempuan..

Akhirnya, ku tekad untuk pikat semula Encik Q melalui masakan. Kata orang tua-tua, ikat suami denga menjaga tidur dan perutnya. Disebabkan Encik Q pencinta pedas tegar, makanya ku mulakan projek Stok Sambal Belacan supaya hari-hari Encik Q boleh makan dengan senang hati.

[ Belacan Pum Pam! ]


Banyak resepi ku usha tapi semua lebih kurang sahaja. Makanya ku teruskan sahaja dengan resepi Encik Q sendiri. Memang lain rasanya. Cubalah!

*anggaran satu bekas tapau

cili lebih banyak dari dalam gambar

Bahan-bahan :

Belacan saiz kecil 2 1/2 keping atau sekeping yang besar
Cili Besar merah + hijau 3 genggam
Cili Padi segenggam (boleh tambah ikut level kepedasan masing-masing)
Tomato Kecil 2 genggam atau 2 biji saiz besar
Bawang Merah 5 biji
Bawang Putih 1/2 labu atau 7 biji
Garam + Gula secukup rasa
Limau Nipis sebiji

Cara :

1) Kupas bawang, bersihkan semua bahan. Jika perlu, patah-patahkan cili menjadi kecil, hiris kasar bawang, belah tomato jika menggunakan tomato besar
2) Panaskan kuali. Letak satu sudu besar minyak masak
3) Bakar belacan di atas api.
4) Masukkan semua bahan dengan api besar. Perah limau. Gaul dalam 1 minit.
5) Masukkan semuanya ke dalam pengisar dan kisar tanpa air. Jika perlu, tambah sedikit sahaja air untuk memudahkan proses kisar.
6) Siap! Sebelum disimpan ke dalam peti, pastikan sambal belacan itu sudah tidak panas untuk mengekalkan rasa dan tidak mudah rosak.

Nota : ku tidak menggunakan lesung batu dikeranakan kuantitinya amat banyak dan membawa situasi darurat pada ku *sengih*

Rasanya memang awesome! Mungkin sudah ditumis, rasanya naik dan lebih kick. Ku yang tak minat belacan, sudah mula makan belacan.

Dan Alhamdulillah :) Encik Q senyum lebar makan nasi

Cubalah!


belacan cap Hz (^-^)

Ku ingatkan mampulah bertahan satu bekas sebulan, baru 5 hari, dah habis satu bekas. Ah, sudah. memang pum pam!

2 balang untuk stok.
satu bekas untuk makan.

 Psstt.. Umi kata banyak makan belacan nanti hidung rompong. (O.o) omoo..

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..