Khamis, 6 Ogos 2015

5 Sebab Membeli Beg Tangan Murah

Bismillah..

[ Sebab Membeli Beg Tangan Murah ]



Ramai yang sekarang garu dahi maklumlah, rata-rata daripada kita berbelanja besar pada sambutan Hari Raya yang lepas. Masih lagi dalam ‘mood’ raya, maklumlah raya di Malaysia kan sebulan. Apalagi kita akan menginjak pada perayaan Aidiladha pula nanti.

Lazimnya, kita akan menyambut minggu pertama Hari Raya bersama kaum keluarga dan kemudian masing-masing kembali ke rutin seperti biasa iaitu bekerja dan menghadiri majlis-majlis rumah terbuka jiran tetangga dan sahabat handai. Dan jangan pelik jika ramai juga diantara kita yang masih sibuk mencari baju dan aksesori yang sesuai untuk digayakan walaupun Hari Raya semakin hampir ke penghujungnya termasuklah dengan ku.


Skip mengenai pembelian baju , hari ini kita akan membincangkan mengenai pembelian BEG RAYA Maklumlah, untuk penampilan yang sempurna, anda haruslah membeli beg tangan berpadanan dengan pakaian yang anda ingin gayakan. Oleh yang demikian, beli sahaja koleksi beg tangan murah!

Berikut merupakan sebab-sebab anda membeli beg tangan murah;

1) Raya tahun ini jatuh pada tanggal 17hb Julai (tengah bulan), jadi anda haruslah bijak berbelanja sehingga ‘payday’. Kalau anda pandai mencari, banyak koleksi beg tangan murah yang berharga RM50 dan ke bawah yang cantik dan trendi!

2) Jika anda memang suka mengumpul koleksi beg tangan dan bertukar-tukar beg tangan, jangan bazirkan wang ringgit anda untuk berhabis sehingga ratusan ringgit untuk membeli seutas beg tangan. Anda tahu, anda boleh dapatkan beg yg sama dengan harga yg berbeza di laman atas talian?


3)  jika anda merupakan seorang fashionista dan sentiasa mengikuti trend terkini. Anda tidak perlu berbelanja besar pada setiap bulan untuk membeli beg tangan kerana kini terdapat banyak koleksi beg tangan murah online yang berpatutan.

4) Utk seorang ibu seperti ku, bijak berbelanja adalah sangat perlu dalam mengatur perbelanjaan sebuah keluarga. Ingatlah, anda juga berhak berbelanja yg penting anda mesti bijak!

5) Sebab terakhir, anda memang patut menikmatinya!


Salam Eid Fitri :)

Ahad, 12 Julai 2015

Biskut Raya Ikhwan Ohsem!

Bismillah..


           [ Biskut Raya Ikhwan ]          

Alhamdulillah. Mengatasi segala isu-isu berkenaan produk-produk di pasaran, syarikat pengeluar produk bumiputera dan Islam yang bagi ku adalah terbesar di Malaysia, Global Ikhwan Holdings kini melancarkan pengedaran besar-besaran kuih raya ke seluruh Malaysia termasuk juga Singapura dan Brunei.

wajib ada

Ku berpeluang melihat sendiri pengurusan pembuatan kuih muih ni. Huii.. berpeluh jugalah sebab kuih mereka ni semuanya fresh dibuat waktu Ramadhan! Bukan seperti sesetengah pembuatan kuih yang dibuat sebelum puasa lagi!

antara yang terlaris. Sarang Semut.
Mana entah pergi semut-semutnya =___="
pasangan tart teratai, tart gulung

Sempat menyendeng merasai pengalaman di dapur bakeri. Bergelut dgn kepenatan lapar dan dahaga, lenguh kaki dan bahang oven, tengok jari melecet pula sebab menekap acuan kuih. Terasa ohsem sangat! Pengalaman yang tidak ada di mana-mana. Baru satu syif dah penat macam usung batu atas kepala. Tabik pada mereka yang berusaha.

Terdetik soalan di hati, "Tak rugi ke? Besarnya risiko buat kuih sebanyak ini dgn harga tolak yg murah bagi pembelian borong."



Tup tup salah seorang dari team pengurusan beritahu, "Kita berniaga bermula dari zero, semuanya untuk berkhidmat dengan manusia. Biar tidak untung tapi sampai air tangan orang Islam sendiri ke tangan orang Islam. Semuanya untuk wibawakan Islam juga."

Ada benarnya. Ku mengiyakan di dalam hati. Kalau niat sudah untuk memperjuangkan sistem Islam, mana mungkin Allah tak bantu, kan?

duta : Generasi Harapan

Dengan ber-duta-kan Generasi Harapan yang turut ohsem makanya berdouble lah ke-ohsem-an Kuih Raya Ikhwan nih. Jom usha senarai kuih. Tidaklah semua. Mahu berat nak loading.






oren pulakk






Mesti cuba! ROCKY ROCKKK!!


haa.. yang ini baru bagi ku. tengah usha-usha, terus kaut sebalang. Sedap rupanya! Ini kuih versi kalau nak hidang kena dalam balang kecil-kecil saja. Kalau tak, habis yang itu saja. Kelembutan rapuh meringue yang diseimbangkan dengan kacang kuaci yang krup krup *hiperbola*

Jangan risau. Walau jauh, boleh dapatkan juga kerana ejen dan pengedar meluas seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Boleh rujuk page Biskut Raya Ikhwan di Facebook untuk maklumat ejen dan boleh emel ku dan nyatakan lokasi, ku akan berikan nama ejen dan cara menghubungi.

Ingat, biskut ni fresh tauu! Hatta tengah menaip sekarang ni, adunan Almond sedang dicelup coklat dan tart sedang meng-ohsem-kan diri di dalam oven (^^,)



Semoga Islam terus bangun bersama tangan-tangan yg yakin dengan janji Allah dan berusaha untuk menjadi sebahagian darinya.

Aaminn..



Sabtu, 4 Julai 2015

RCN | Menunggu vs Merebut

Bismillah..


Ku lihat deretan hamper dan hadiah di sisi. Ku tunggu keputusan cabutan bertuah di tangan.
Memang berharap akan dapat. Biarpun duduk diam di meja, tapi hati debar-debar juga. 
Andai dapat, dapatlah, Kalau tak dapat, tak apalah. Mungkin bukan rezeki di waktu ini.. 
tapi harap dapatlah.. harap sangatt.. 
sampai renyuk kertas nombor cabutan di tangan.

.

.

.

.

.

.



Tak boleh jadi, cabutan bertuah yang lepas tak dapat. Kali ini kena dapat juga! Orang lain boleh dapat, takkan ku nak menganga seorang?
Dari meja cabutan bertuah, ku maju ke depan untuk mencuba nasib mana tahu ku dapat jawab soalan yang dirberikan. Bukan calang-calang hadiah.
Setiap kali soalan diajukan, ramai sungguh yang mengangkat tangan. Terasa diri tengge;a, di tengah-tengah manusia yang bijak pandai.

"Haaa.. kamu yang rendah tu!"

OMG, OMG!
Berlari ku ke pentas dalam keadaan tidak percaya.
Microphone ku genggam dengan mata bersinar.


"Alaa.. jawapan tak tepat. Sikittt je lagi nak tepat. Cuba lagi ya dik?"

Huk! Rasa darah turun ke kaki. Rasa nak seret dahi sepanjang turun dari pentas dengan wajah yang tebal terasa kerana memberikan jawapan yang salah! Sedangkan soalan yang begitu senang.

Rasa malasa dah nak mencuba. Memang tak ada rezeki la kali ni. InshaAllah cuba lagi lain kali!
 krik..krikk..

Akan ada lagi ke peluang macam ni?
Dapat ke datang ke majlis macam ni lagi?
Akan ada ke hadiah yang sama yang dijanjikan seperti hasri ini?

Ajet-ajet penuh motivasi dalam diri, ku berpatah balik ke ruangan tetamu.

Mungkin ku tidak pandai, tapi ku berusaha.

Mungkin ku kecil tidak terlihat tapi ku ada semangat.

Mungkin bukan rezeki kali ini tapi ku yakin doa itu senjata.

Mungkin ku tak akan dapat mencuba lagi tapi keyakinan itu ada.

USAHA, SEMANGAT, DOA DAN YAKIN.
AKU HANYA BOLEH BERSERAH SELEPAS 4 PERKARA INI
BARULAH TIADA SESAL SELEPAS MAJLIS BERAKHIR NANTI.

mana mungkin ku pulang dengan tangan kosong sambil memandang mereka yang lain membawa hadiah masing-masing.

"Allah.. tolonglah.."

Tanpa suara, ku memandang tepat ke arah pengacara program.

"Haa.. adik yang tadi tu nak cuba lagi tak?"

Perjalanan ke pentas seakan berlalu dalam masa 1 saat. Sedar-sedar hadiah di tangan.

"Terima kasih, Allah.."


.

.

.

.


Merebut dan menunggu tidak sama.

Malam Lailatulqadr bukan untuk ditunggu.

Kalau ia tiba di saat kita menunggu, tidak bersedia.. maka ia berlalu begitu saja..

malah mungkin kita tidak sedar.

.

.

.

andai mungkin tiada dalam lipatan takdir, Lailatulqadr itu ada..
Tapi mana mungkin Allah menghampakan hamba-hambaNya yang sudah berharap sepenuh jiwa raga.
Berusaha dan menagih sehabis mungkin agar Tuhan rezekikan padanya sementara dia masih di dalam 'majlis' dunia.
Mana mungkin doa itu tidak terdengar ke langit.

.

.

.

Tuhan akan membayar, 
dengan harga yang tertinggi untuk sekeping hati.
Yang tidak pernah..
tidak pernah putus lagi dariNya..




Marilah merebut, bukan hanya menunggu..


Jumaat, 3 Julai 2015

Resepi | Biskut/Kuih Raya Random

Bismillah..

Antara resepi-resepi yang dapat dari pelbagai sumber dan antara yang menjadi jika diikut satu persatu dengan cermat. Save di sini dan kongsi bersama..