Sabtu, 28 Februari 2015

Minda | Dalam Memburu, Kita Diburu

Bismillah.. 

[ Dalam Memburu, Kita Diburu ]


Di dalam kita memburu, kita diburu

Banyak orang yang tidak tahu

Ada yang tahu tidak terasa diburu

Kerana itu dia juga adakalanya lupa yang dia diburu

Manusia memburu sambil diburu

Memburu harta, memburu nama, memburu takhta

Memburu wanita, dan memburu apa sahaja yang bersifat dunia

Di dalam memburu dia diburu

Dia diburu oleh Atid merekod kesalahannya

Merakamkan di dalam fail segala bentuk dosa-dosanya

Sehalus apa pun dan di tempat mana pun semua dapat direkodnya

Selepas itu Allah perintahkan SB-Nya

menangkap hamba-Nya yang sedang memburu itu

SB itu Malaikal Maut namanya

Tidak ada seorang pun yang lepas dari tangkapannya

Adakalanya manusia itu ditangkap di istana

Adakalanya ditangkap di pejabatnya

Tidak kurang juga ditangkap di rumahnya dan di jalan-jalan raya

Waktu dia memburu  wanita di situ juga dia kena

SB Tuhan menangkap pemburu-pemburu dunia di merata-rata

Setelah ditangkap direman di lokap Alam Barzakh namanya

Di sana disoal siasat kerja-kerjanya oleh SB-SB yang lain pula

Munkar dan Nakir namanya dengan bengisnya

SB-SB pemerintah pun kena reman di sana juga

Kalau tidak betul menjawab kena lanyak dan belasah dengan marahnya

Remuk-redamlah tulang-tulang manusia dibuatnya

Wahai manusia termasuklah saya

Ingatlah kita sedang diburu waktu kita sedang memburu

Buruan kita belum tentu dapat kita tangkap

Tapi kita yang menjadi buruan pasti kena tangkap.


#AllahTolong

1 ulasan:

  1. hanya org BERIMAN akan sedar akan perkara ini. Jika kita sedar sebenarnya kedua2 malaikat sentiasa mencatat setiap detik perkara yg kita lalukan dan jika sekiranya kita dapat lihat buku amalan kita selama ini ya Allah takutnya...sudah tentu alaman baik itu kurang...terima kasih kongsi entri ini boleh jadi peringatan buat sis JM juga

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.