Rabu, 31 Disember 2014

RCN | Allah Sayang Lebih Dari Malaikat-Nya

Bismillah..


Pada awalnya, ku baru nak beri cabaran entri pada diri sendiri sempena dengan Maulidurrasul, cabaran satu entri satu hari tentang kebesaran Rasulullah dengan berlabelkan RCN : Rahsia Cinta Nabiku tapi kesibukan yang menjelang dan berbagai-bagai perkara terjadi menyebabkan ku terpaksa menjauhi laptop buat sementara. Apalagi ku menghadapai dengan sistem auto-publish. Entah di mana silapnya. Ada la blogwalking sikit-sikit menggunakan smartphone. Itupun line Maxis merangkak sama macam meranduk air di waktu banjir.

Banyak segmen tanda sokongan nak ikut serta tapi terpaksa tinggalkan berlambak di dalam draft. Segmen INI pun di-upload menggunakan apps Blogger yang tak berapa nak blogger.



[ Malaysia Dalam Perhatian Allah ]



Sekadar perkongsian dari kawan-kawan untuk rakan-rakan yang sudi menjengah blog yang masih baru berputik ini.


Ya... di balik titis-titis hujan yg jatuh, 
Allah membawa bahasa cintaNya kepada manusia...

Allah tidak zalim...
Malah Allah kasih...
Lihatlah dengan hatimu..
Andai air bah ini tidak menjadi tragedi, pasti konsert-konsert ambang tahun baru itu akan diadakan..
Berapa ramai anak2 luar nikah akan dilahirkan...

Lihatlah lagi..


Allah memberi kita ruang utk memberi sedekah...menghulur bantuan..

Lihatlah lagi...


Masjid-masjid diwarnai dengan bacaan Yassin, tahlil dan solat hajat...
Jika tidak kerana air bah, barangkali jemaah hanya datang untuk bersolat sahaja..

Lihatlah lagi kasih Allah...
Semua para pemimpin turun padang buat kerja dari mereka duduk saja..

Lihatlah lagi..


Dana kerajaan dapat disalurkan pada jalan yg betul..
Andai air bah ini tidak hadir, mgkin juga rasuah melata sana sini...

Allah memelihara M'sia dgn kasihNya..

Ini ujian...ujian ini pasti tidak lama..
Ujian untuk menyatukan seluruh insan..

Sampaikan kepada mangsa-mangsa banjir..
Supaya mereka juga dapat melihat musibah ini sebagai jalan untuk mereka membantu negara menyelamatkan 'sesuatu' dr 'sesuatu'.


"Kadangkala Allah beri musibah untuk elakkan musibah yang lebih besar..
"

Allahuakhbar..



[ Doa Malaysia Buat Indonesia dan Mereka ]






[ Allah Sayang Melebihi MalaikatNya ]


Telah bersabda Rasulullah..

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan Jibril dengan bentuk yang sangat elok. Jibril mempunyak 124,000 sayap. Di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti syaap burung merak.”

“Sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibril menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini.”

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna maka malaikat Jibril pun berkata kepada Allah, “Wahai Rabb ku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik dari aku?

Kemudian, Allah pun menjawab, “Tidak.”

Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibril pun berdiri dan melakukan solat sunat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibril, dia menghabiskan masa selama 20,000 ribu tahun lamanya.

Setelah Jibril selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya.

“Wahai Jibril, kau telah menyembah Aku dengna ibadah yang sungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah Ku seperti ibadah yang kamu lakukan. Akan tetapi, di akhir zaman nanti, akan darang seorang Nabi mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad.

Dia mempunyai ummat yang lemah dan sentiasa berdosa. Seandainya mereka mengerjakan dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa dan serba kurang, dengan fikiran melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaan Ku dan ketinggian Ku, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solat mu.

Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu di atas perintah Ku, sedangkan solat kamu bukan atas perintah Ku.”

Setelah mendengar hal tersebut, Jibril pun kembali bertanya kepada Allah, “Ya Rabb ku, apakah Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka pada Mu?”

Maka, Allah pun berfirman yang ertinya, “Ya Jibril, akan Aku berikan (kepada mereka) syurga Ma’waa.”

..........          ..........

Tiada alasan untuk kita berputus asa. Allah sendiri beritahu, betapa kasihnya Dia pada kita yang terlalu jauh bezanya dengan para malaikat yang suci dari dosa. Walau diuji sebagaimana susah pun, harapnya janganlah kita meninggalkan perkara yang wajib, SOLAT.

Biarpun solat dalam serba kekurangan, tidak sihat, tidak selesa, namun andaikata kita benar-benar berusaha untuk melaksanakannya, maka di situ mana tahu mungkin ianya adalah solat yang dipandang Allah.

Teruslah bertaubat walaupun kita tahu, dosa itu tak mungkin kita akan terlepas darinya. Allah itu ada.. Kita yang selalu lupa..

[ Berdoalah.. ]



Membaca post ini, ku tersedar akan sesuatu..

Ada benarnya di situ. Kita manusia yang suka menuding. Kata guru ku, jangan salahkan orang hatta musuh sekalipun kerana itu memang tugas mereka, peranan mereka. Apa yang penting, bagaimana hati kita menghadapinya.

 [ Salam Ukhwah Buat Semua ]


Salam takziah buat semua yang kehilangan.




Salam kasih sayang buat semua saudara yang membantu biarpun hanya dengan sepotong doa.


Salam kekuatan juga buat kakak ku, Athirah yang dikasihi. Pilu hati, masing-masing diberi ujian. Suami terlantar sakit, dalam usia yang muda, anak-anak masih kecil dan sedang mengandung lagi. Semoga Allah memegang hati mu dengan kekuatan yang luarbiasa.



YA ALLAH, KAMI MENGHARAPKAN KEAJAIBAN.

Berbahagialah dengan ujian. Kita dalam perhatian Allah.

Kaum Adam Bani Roslan ^^
BELAJAR BERLAPANG DADA DENGAN UJIAN





 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu.


2014 | Tahun Yang Hilang

Bismillah..



Malaysia suram di penghujung tahun. Tidak. Suram sepanjang tahun sebenarnya. Semoga tahun hadapan akan lebih baik dari tahun ini.

Apakah BENCANA yang menimpa ini, kita menjadi semakin jahat, semakin baik atau sama sahaja?

Apakah BENCANA ini hanya musibah semata?

Apakah BENCANA ini hanya ujian, kesusahan, kepayahan, kesakitan dan menakutkan?

B : Bisikkan pada Allah, ku berserah sepanjang hayat ku hanya pada Mu

E : Engkau kiralah setiap nafas ku biarlah atas nama Mu dan kerana Mu

N : Niat di hati, biar ujian menimpa, kita akan terus berlapang dada tanda redha dengan apa yang Dia berikan.

C : Carilah, muhasabah, kisah-kisah dosa yang terpalit dahulu lantas ditaubatkan kembali berulang-ulang.

A : Antara dua, samada semakin dekat atau semakin jauh dengan Allah atas semua ini.

N  : Nabi itu penghubung dengan Allah, jangan lupa selawat setiap masa. Biar bukan di bibir, tapi subur mekar di hati.


A : Allah itu ada. Kita yang selalu lupa.

SELAMAT DATANG 2015

 Salam. 
Allah merindui rintihan hamba-Nya

Giveaway | Year End Giveaway

Bismillah..

Mungkin ini segmen Giveaway terakhir untuk tahun ini. Ku tak berdaya mengejar tarikh tutup yang bila tengok, oh.. sempat lagi tapi esok-esok, menangis dah nak habis. Nak menulis panjang-panjang pun dah tak mampu.

Ini pun adalah segmen yang sangat mudah syaratnya. Sangat sesuai dengan line Maxis yang entah ke mana. Mungkin tengah sibuk membantu mangsa banjir.. mungkin?

Bagi yang rasa keberatan, macam tak sempat.. Giveaway ini ringkas dan memudahkan. Semoga berjaya pada semua peserta.

[ Banner ]


buat empunya blog, semoga terus sukses dalam tahun yang akan datang. Gunakan medan sosial dengan sebaiknya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari (^^,) jaga diri baik-baik.
Semoga tercapai cita-cita dan impian.
Salam ukhwah.

Pergilah 2014, jangan ditinggal sesal
Biar 2015 tiba dengan harapan baru
Pejamkan mata, tetapkan jiwa dan akal
Buang yang keruh, positif selalu.

SELAMAT DATANG 2015

**semakin hampir dengan saat kematian (T___T)


 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

Ahad, 28 Disember 2014

Giveaway | Untuk Bloggers

Bismillah..

 [ Banner ]


Tadi baru nak dapat jengah bloglist dalam kepenatan mengharungi akhir tahun yang agak mencabar. Disebabkan line menggunakan laptop sangat menguji kesabaran, makanya guna telefon pintar yang harapnya pintar seperti yang dijangka.

Tiba-tiba tengok ramai pula bloggers yang merebut barisan akhir untuk Giveaway ni. Disebabkan masa penutupnya adalah beberapa jam lagi makanya di waktu ini apps Blogger yang tak berapa nak support ini pun digunakan. Bila online di laptop, 27 minit hanya untuk log in dan masuk ke laman create post. Terus pilih butang pangkah dan menghadap skrin kecil comel lote.

Harap pihak penganjur dapat memaafkan ku sebab ku tak boleh nak backlink malam ni sebab apps ni tak ada nak letak backlink ke, nak warna-warna huruf ke. Redha sajalah.

Untuk blogger Anamizu dan Dr Shikin memang sudah ada dalam senarai follow jadi tak pasti yang ke berapa. Sekali lagi, harap dimaafkan sebab mampu follow lagi 2 blog selepas jam 12 nanti (line lancar inshaAllah).



Jujurnya, ku tertarik nak join salah satunya sebab tajuk Giveaway yang mesra dan juga sebab dalam gambar atas ni.

Blogger adalah satu komuniti yang memerlukan kita lakukan sesuatu dan menerima sesuatu. Give and take. Berblog atas dasar minat, berkongsi, berkawan dan lain-lain tujuan, kita saling perlu memerlukan apalagi jika tujuannya menjana wang, kan?

Bilamana orang berbudi dan kita membalas, bilamana kita memberi dan dan mereka berbagi, di situ ada satu tahap tersendiri bagi medan Blogging ini. Sesuatu yang membezakan blogger dari Facebookers, Tweeters, Wichetters dan lain-lain.

Sesuatu yang membuatkan ku aktif di sini berbanding di halaman lain.

Makanya dengan itu, ku dengan rela hati mem-publish entri ini dengan harapan medan Blogger terus sukses (^^,) dah macam nak rasmi pembukaan pasaraya pulak

Sambil menahan sabar dengan ini apps, ku tersenyum juga dalam rasa mengantuk yang amat. Selamat berjaya untuk semua peserta!

Harap satu masa nanti, ku mampu ucapkan, "Saya adalah seorang blogger," dengan yakin sekali.

Oh ya, ku akan tinggalkan komen update selepas selesai follow dan selesai backlink dan lain-lain syarat.

#pray4malaysia



Khamis, 25 Disember 2014

Puting Beliung, Tanah Runtuh, Banjir | Di Manakah Kita?

Bismillah..
**satu perkongsian di akhir entri


Tidak lama dulu, kita merungut..

“Panasnya..”

“Bilalah hujan nak turun.”

Empangan mengering hingga terpaksa tabur benih hujan. Tidak lama selepas itu juga.. Malaysia yang selama ini dianggap negara-bersih-bencana-alam dilanda puting beliung pula. Walaupun tak setara dengan puting  beliung di negara Barat, tapi sedikit sebanyak ramai yang trauma dan banyak kehidupan yang terjejas.

Ok. Sekejap je puting beliung tu, kan? Kita di KL masih boleh karaoke lagi.

...............


“Cuaca buruk saja akhir-akhir ni, kan?”


Kenapa? Kenapa hujan dikatakan buruk? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan..

“Alamak.. hujan lagi.”

“Ish.. tak keringlah baju kalau asyik hujan je..”

“Semua plan musnah kalau dah hujan je memanjang. Duduk rumah sajalah!”

“Tiap-tiap hari hujan. Susahlah macam ni..”

Apakata, kita gantikan keluhan itu dengan sebuah DOA.

“ALLAHUMMA SYAIYIBAN NAFI’A.”
Ya Allah, Ya Tuhan Kami! Jadikanlah hujan ini bermanfaat buat kami.”

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

“Dan Dia-lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pengajaran daripadanya).” –Al A’raf : 57

Hujan itu banyak manfaatnya, kita semua tahu.




“Angin ribut tak ada, hujan tak ada, apasal bad mood je kau ni?”

Macam biasa dengar ayat tu, kan? Seolah-olah senonim sungguh hujan dengan suasana muram, tak best.

Kesian hujan.

Sedarkah kita, bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Rasulullah saw pernah berpesan, bila hujan turun, DOA MUSTAJAB.


“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.” –Al Qamar : 11

Sekarang, hampir setiap hari hujan. Hampir setiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan yang sia-sia di saat pintu langit terbuka?


Maka, berdoalah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok akan lebih baik.


Tapi, kita terus hanyut. Lupa. Tenggelam dalam nikmat. Buat bodoh, dunno (dont know) dengan Si Pemberi Nikmat.

Sampai satu tahap, Allah ‘calar’kan kalendar akhir 2014 kita dengan peristiwa banjir. Kenapa hujan yang dikatakan rahmat, berubah menjadi satu malapetaka menakutkan. Bilamana padang daratan menjadi lautan, menenggelamkan harta-harta manusia sekelip mata. Betapa ramai yang kerugian harta benda, kehilangan tempat tinggal, belum lagi ujian-ujian yang mendatang secara peribadi. Orang kata, dah nak jadi laut dah Pantai Timur ni. Paling buruk dalam dekad ini.


“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan tertentu, serta kami tempatkan ia tersimpan di bumi. Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” –Al Mukminuun : 18

Tak nampakkah kita, begitu hampir dengan tarikh 26 Disember. Tarikh hitam yang paling diingati. Tsunami. Beratus ribu jiwa yang terkorban. Kita yang tidak terkena tempias banjir masih sibuk nak berparti untuk menyambut Tahun Baru?


Sesungguhnya, ujian didatangkan dalam 3 keadaan.

1) Penghapusan dosa
2) Peningkatan darjat
3) Istidraj/bala

Di manakah kita agaknya?

Dalam seluruh Malaysia ini, samada yang terkena kesan hujan tidak berhenti dan banjir melampaui, semuanya diuji dalam satu ujian. Hebatnya Allah, satu ujian itu adalah tapisan bagi setiap orang.



Penghapusan Dosa & Peningkatan Darjat


Bila dia melihat hujan yang mencurah-curah, banjir mula mengganas, hatinya menangis. Takut andai inilah bala Allah padanya. Melihat orang lain yang menjadi mangsa banjir, dia lantas bertaubat. Takut andai kerana dosanya itu, Allah timpakan bala dengan menghantar tenteranya yang lembut bernama AIR, hingga menyebabkan orang lain turut terlibat sama.

Tidak berlengah, dihulurkan sumbangan bantuan, tenaga mahupun harta benda, paling lemah pun, doa dari jauh. Lebih hebat, solat hajat khusus untuk semuanya. Untuk Malaysia. Di situ, ada peningkatan darjat. Peningkatan dalam hati. Peningkatan kedudukan jiwanya di sisi Allah.


Pada yang menjadi bangsa banjir, menderita kesusahan, kesakitan dan rasa tidak selesa apabila terpaksa keluar dari kediaman masing-masing namun belajar untuk redha, tabah dan serah pada Allah. Semoga dengan kesusahan di dunia ini yang begitu kecil sekali sebenarnya, dia terlepas dari seksa di akhirat nanti yang Maha Dahsyatnya. Memohon dengan kesakitannya itu, digugurkan dosa-dosanya yang lalu. Taubat nasuha.

Biarlah dosa-dosanya pergi hanyut bersama air bah yang mengalir.

 Istidraj/Bala


Bengang dengan alam. Marah dengan hujan. Sakit hati melihat hartanya musnah. Ibadah asas ditinggalkan kerana putus asa dengan ujian yang menimpa. Menyalahkan pihak itu dan pihak ini yang menyebabkan air naik, menyalahkan dia dan dia kerana tidak memberi sumbangan dan bantuan dengan segera dan terbaik, mengambil kesempatan, marah dan bagaikan berdendam. Dan lain-lain situasi yang kita sendiri mampu untuk menilai, Cuma kita selalu lupa..


Kita semua bersedih. Samada pemimpin mahupun rakyat jelata. Allah uji tanggungjawab pemimpin, Allah uji hati rakyat. Sama-sama kita adalah hamba.

Tapi, kita letakkan di mana kesedihan itu? Ke arah negatif atau kembalikan semua kepada Allah, yang memberi semua itu?


Maulidurrasul akan tiba tak lama lagi. Perasan tak, seolah-olah Allah hendak bersihkan dunia ini atas berkat kekasihNya. Ramai yang mula mencari jalan untuk kembali padaNya, kembali memeriahkan masa yang Allah beri dengan membaca Maulid buat Nabi Mulia. Maklumlah, kita semua arif, tahu dengan adat kaum di Malaysia. Tak sah Tahun Baru tu kalau tak ada parti sambutan, perancangan itu dan ini, yang sudah tentu-tentunya akan ada syaitan dan iblis yang bersorak dan berkaraoke sekali.

Manusia memang senang sangat nak lupa. Peristiwa Tsunami yang begitu menyentakkan dunia pun boleh dianggap ‘kisah lampau’, bukan pengajaran dan peringatan. Jangan sampai Allah buatkan gelombang Tsunami yang kedua, yang lebih dahsyat kerana dosa yang kita anggap kecil dan remeh. Nauzubillah min zalik.


Sungguh ku tak pandai berhujah. Apa yang tercoret hanyalah luahan hati dan campurtangan sedikit perkongsian dari group internet yang ada. Dan ini juga adalah peringatan pada diri ku sendiri! Manusia biasa yang punya cita-cita untuk jadi manusia yang baik, selamat dunia dan akhirat.

Beribu kali kita diingatkan, taat perintah Allah, jauhi larangannya biarpun sekecil-kecil larangan seperti merokok atau pakai legging di luar rumah, mungkin?


Kalau hendak bergembira, menyambut sesuatu, biarlah berpada-pada, tidak meninggalkan ibadah asas dan tidak melanggar garis syariat yang kita semua dah belajar dari sekolah rendah lagi.

Kalau dapat nikmat, kembalikan pada Allah dengan cara bersyukur.

Dapat ujian, kembalikan juga pada Allah, redha dan sabar dan terus tingkatkan diri.


Tapi, kita lupa..

Lupa Allah tu tengok saja setiap perkara yang kita buat, tahu ssetiap lintasan dalam hati, dengar setiap apa yang kita lontarkan menggunakan mulut yang Dia beri.


Lupa Allah dah banyak menghukum kaum-kaum terdahulu dengan tentera-tenteranya yang nampak lemah tapi sangat berkuasa bila diperintahkan.


Air? Sejuk dan dingin. Lembut dan indah. Menyegarkan. Mempesonakan.

Bila berubah menjadi tentera, manusia yang paling tinggi kuasanya di dunia pun hanya mampu geleng kepala.


Sampai bila kita nak lawan Allah?


Ampun, Ya Allah..

[ Sedikit Perkongsian ]



Allah perkenalkan lagi kuasanya.
Allah arahkan tenteranya AIR berbentuk hujan..
untuk melimpahi Bumi.
Agar hamba-hambaNya sedar semula,
Bumi siapa yang kamu sedang pijak sekarang ini..
Allah berhak mengambilnya.

Janganlah doa agar hujan berhenti..
tapi..
berdoalah agar perasaan takut pada Allah
dalam diri hamba tidak henti-henti..

Allah sedang menilai bagaimana hamba-hambaNya berperasaan.
setelahmana Allah timpakan ujian.

Stetelah hujan pergi,
hati kita semakin takut pada Allah hendaknya..

Nak dapat takut Allah, 
sudah tentu perlu penghubung..
itulah RASULULLAH..
Rinduilah dia..

Hujan!!
Turunlah!!
Taatlah kepada Tuhan mu,
Aku bersyukur didatangi mu.
Sekiranya kita terpisah,
ku akan merindui mu.

KU INGINKAN KEAJAIBAN..

psstt.. demam melanda..


 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..