Ahad, 12 Julai 2015

Biskut Raya Ikhwan Ohsem!

Bismillah..


           [ Biskut Raya Ikhwan ]          

Alhamdulillah. Mengatasi segala isu-isu berkenaan produk-produk di pasaran, syarikat pengeluar produk bumiputera dan Islam yang bagi ku adalah terbesar di Malaysia, Global Ikhwan Holdings kini melancarkan pengedaran besar-besaran kuih raya ke seluruh Malaysia termasuk juga Singapura dan Brunei.

wajib ada

Ku berpeluang melihat sendiri pengurusan pembuatan kuih muih ni. Huii.. berpeluh jugalah sebab kuih mereka ni semuanya fresh dibuat waktu Ramadhan! Bukan seperti sesetengah pembuatan kuih yang dibuat sebelum puasa lagi!

antara yang terlaris. Sarang Semut.
Mana entah pergi semut-semutnya =___="
pasangan tart teratai, tart gulung

Sempat menyendeng merasai pengalaman di dapur bakeri. Bergelut dgn kepenatan lapar dan dahaga, lenguh kaki dan bahang oven, tengok jari melecet pula sebab menekap acuan kuih. Terasa ohsem sangat! Pengalaman yang tidak ada di mana-mana. Baru satu syif dah penat macam usung batu atas kepala. Tabik pada mereka yang berusaha.

Terdetik soalan di hati, "Tak rugi ke? Besarnya risiko buat kuih sebanyak ini dgn harga tolak yg murah bagi pembelian borong."



Tup tup salah seorang dari team pengurusan beritahu, "Kita berniaga bermula dari zero, semuanya untuk berkhidmat dengan manusia. Biar tidak untung tapi sampai air tangan orang Islam sendiri ke tangan orang Islam. Semuanya untuk wibawakan Islam juga."

Ada benarnya. Ku mengiyakan di dalam hati. Kalau niat sudah untuk memperjuangkan sistem Islam, mana mungkin Allah tak bantu, kan?

duta : Generasi Harapan

Dengan ber-duta-kan Generasi Harapan yang turut ohsem makanya berdouble lah ke-ohsem-an Kuih Raya Ikhwan nih. Jom usha senarai kuih. Tidaklah semua. Mahu berat nak loading.






oren pulakk






Mesti cuba! ROCKY ROCKKK!!


haa.. yang ini baru bagi ku. tengah usha-usha, terus kaut sebalang. Sedap rupanya! Ini kuih versi kalau nak hidang kena dalam balang kecil-kecil saja. Kalau tak, habis yang itu saja. Kelembutan rapuh meringue yang diseimbangkan dengan kacang kuaci yang krup krup *hiperbola*

Jangan risau. Walau jauh, boleh dapatkan juga kerana ejen dan pengedar meluas seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Boleh rujuk page Biskut Raya Ikhwan di Facebook untuk maklumat ejen dan boleh emel ku dan nyatakan lokasi, ku akan berikan nama ejen dan cara menghubungi.

Ingat, biskut ni fresh tauu! Hatta tengah menaip sekarang ni, adunan Almond sedang dicelup coklat dan tart sedang meng-ohsem-kan diri di dalam oven (^^,)



Semoga Islam terus bangun bersama tangan-tangan yg yakin dengan janji Allah dan berusaha untuk menjadi sebahagian darinya.

Aaminn..



Sabtu, 4 Julai 2015

RCN | Menunggu vs Merebut

Bismillah..


Ku lihat deretan hamper dan hadiah di sisi. Ku tunggu keputusan cabutan bertuah di tangan.
Memang berharap akan dapat. Biarpun duduk diam di meja, tapi hati debar-debar juga. 
Andai dapat, dapatlah, Kalau tak dapat, tak apalah. Mungkin bukan rezeki di waktu ini.. 
tapi harap dapatlah.. harap sangatt.. 
sampai renyuk kertas nombor cabutan di tangan.

.

.

.

.

.

.



Tak boleh jadi, cabutan bertuah yang lepas tak dapat. Kali ini kena dapat juga! Orang lain boleh dapat, takkan ku nak menganga seorang?
Dari meja cabutan bertuah, ku maju ke depan untuk mencuba nasib mana tahu ku dapat jawab soalan yang dirberikan. Bukan calang-calang hadiah.
Setiap kali soalan diajukan, ramai sungguh yang mengangkat tangan. Terasa diri tengge;a, di tengah-tengah manusia yang bijak pandai.

"Haaa.. kamu yang rendah tu!"

OMG, OMG!
Berlari ku ke pentas dalam keadaan tidak percaya.
Microphone ku genggam dengan mata bersinar.


"Alaa.. jawapan tak tepat. Sikittt je lagi nak tepat. Cuba lagi ya dik?"

Huk! Rasa darah turun ke kaki. Rasa nak seret dahi sepanjang turun dari pentas dengan wajah yang tebal terasa kerana memberikan jawapan yang salah! Sedangkan soalan yang begitu senang.

Rasa malasa dah nak mencuba. Memang tak ada rezeki la kali ni. InshaAllah cuba lagi lain kali!
 krik..krikk..

Akan ada lagi ke peluang macam ni?
Dapat ke datang ke majlis macam ni lagi?
Akan ada ke hadiah yang sama yang dijanjikan seperti hasri ini?

Ajet-ajet penuh motivasi dalam diri, ku berpatah balik ke ruangan tetamu.

Mungkin ku tidak pandai, tapi ku berusaha.

Mungkin ku kecil tidak terlihat tapi ku ada semangat.

Mungkin bukan rezeki kali ini tapi ku yakin doa itu senjata.

Mungkin ku tak akan dapat mencuba lagi tapi keyakinan itu ada.

USAHA, SEMANGAT, DOA DAN YAKIN.
AKU HANYA BOLEH BERSERAH SELEPAS 4 PERKARA INI
BARULAH TIADA SESAL SELEPAS MAJLIS BERAKHIR NANTI.

mana mungkin ku pulang dengan tangan kosong sambil memandang mereka yang lain membawa hadiah masing-masing.

"Allah.. tolonglah.."

Tanpa suara, ku memandang tepat ke arah pengacara program.

"Haa.. adik yang tadi tu nak cuba lagi tak?"

Perjalanan ke pentas seakan berlalu dalam masa 1 saat. Sedar-sedar hadiah di tangan.

"Terima kasih, Allah.."


.

.

.

.


Merebut dan menunggu tidak sama.

Malam Lailatulqadr bukan untuk ditunggu.

Kalau ia tiba di saat kita menunggu, tidak bersedia.. maka ia berlalu begitu saja..

malah mungkin kita tidak sedar.

.

.

.

andai mungkin tiada dalam lipatan takdir, Lailatulqadr itu ada..
Tapi mana mungkin Allah menghampakan hamba-hambaNya yang sudah berharap sepenuh jiwa raga.
Berusaha dan menagih sehabis mungkin agar Tuhan rezekikan padanya sementara dia masih di dalam 'majlis' dunia.
Mana mungkin doa itu tidak terdengar ke langit.

.

.

.

Tuhan akan membayar, 
dengan harga yang tertinggi untuk sekeping hati.
Yang tidak pernah..
tidak pernah putus lagi dariNya..




Marilah merebut, bukan hanya menunggu..


Jumaat, 3 Julai 2015

Resepi | Biskut/Kuih Raya Random

Bismillah..

Antara resepi-resepi yang dapat dari pelbagai sumber dan antara yang menjadi jika diikut satu persatu dengan cermat. Save di sini dan kongsi bersama..
















Khamis, 2 Julai 2015

Idea Resepi | Lassi Mangga

Bismillah..




Rezeki tidak terduga, dalam selitan ujian tak pernah Allah biar tanpa imbangan nikmat hingga kita tak mampu nak pertikaikan dan bertanya, "Mengapa aku diuji?"

Tempohari, dapatlah berkumpul bersama adik beradik yang ada, mahal tu sebab adik beradik 11 orang belum lagi ditambah dengan anak masing-masing yang merenyut dan merenyam.

Alkisah berkumpul itupun meraikan kedatangan Kak Long ku yang datang nun jauhh dari Johor. Memang mahal kalau Kak Long dapat turun ke KL sebab dengan situasi anak yagn kecil dan ramai, sulung hingg kelima jarak usianya setahun seorang dan 2 lagi, Raudah serta Abdullah yang cinonet, kos perbelanjaan lagi, dengan curi masa lari dari jadual persekolahan.

Makanya Abang Peringat gigihlah membeli mangga. Kalau dah lelaki yang membeli mereka memang nampak rege murah saja kan?  ^^
Tak sedar mangga tu dah lembik, dah terlebih masak dan memang tak berapa nak sedap kalau dimakan begitu saja. Makanya datanglah idea untuk buat Lassi Mangga ni.

Pertama kali buat, licin habis. Sanggup Abang Semut ku keluar beli lagi tapi dia dapat mangga yang elok saja sebab yang busuk dan diborong tadi. hehe..

Ternyata lagi sedap kalau kalian dapat mangga yang betul-betul atau terlebih ranum. Lemak manisnya sendiri dah cukup menyengat.

Jom intai resepi!

nampak yang oren lebam-lebam tu? itu  yang ohsem sekali!

1) Kupas mangga, potong kecil-kecil. Ku guna 8 biji mangga.

abaikan keadaan tin yang dibuka oleh insan bernama lelaki

2) Susu Pekat dan Susu Cair secukupnya.
3) Air Gula
4) Yogurt Plain
5) Secubit garam

**setiap kuantiti bahan adalah mengikut citarasa. Kalau tak cukup lemak,
tambahlah susu cair.


get ready!

6) Ais!

Tak perlu air. Kisar saja semua bahan bersama. Kalau ada yang tak cukup rasa, kisar semula.
Jangan kacau saja dalam jag tu, rasanya tidak akan sebati.

tadaaa!!

Dapat 1 jag besar 3 liter, minum sampai muntah x___x

Jadi kalau ada mangga-mangga yang lebam, jangan dibuang! Itu part paling ohsem untuk Lassi Mangga.

Nota : kalau tak ada Yogurt Plain pun tak apa, sedap juga!
Harap bermanfaat untuk resepi pembuka iftar yang manis dan menyelerakan.



Nah! Siap edit senang nak save ^^

Salam Ramadhan



Rabu, 1 Julai 2015

Di Mana Blogger Itu

Bismillah..

Pernah kamu terfikir.. noktah dan huruf kamu memberi kesan pada orang lain?

.

.

.

.

.

Sudah lama dia tidak menulis. Semoga baik-baik sahaja. Salam Ramadhan dari seorang silent reader.

.
.
.
.

credit to Mr Photographer and Mr Google

p/s : sedang siapkan review blogger bertuah ^^

Ramadhan..

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bismillah..

FINAL GIVEAWAY!

Entri Giveaway penutup. Kemuncak adalah Giveaway yang MEGA ni. Kejar masa untuk penuhi syarat, tak dapat nak menaip lebih panjang.

[ Banner ]


Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Raya Giveaway | by Erza

Bismillah..

Again, sebab peneraju GA ni memang dah pernah ikut GA yang lepas jadi mudahlah sebab syarat pun lebih kurang dan sudah menjadi follower dari dulu. Salam, Kak Erza!

[ Banner ]


CLICK BANNER TO JOIN


1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!




5 langkah mudah sahaja !!!


Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D

Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!

Giveaway | Duit Raya dari BBL

Bismillah..

Kredit kepada Yoorin Melacolea untuk entri giveaway yang beratur ni. Sambil lengkapkan draft dan schedule siap-siap kerana kesibukan bakal menyengat di siang hari Ramadhan yang akan membawa kepada malam yang mencabar, makanya, ku ambil semua Giveaway yang dinyatakan dalam entrinya sekali beratur ^^, selain dari menyokong rakan blogger yang rajin dan pemurah, tidak salah kita mencuba nasib untuk dapatkan duit raya. Dah besar, mana ada orang nak bagi duit raya dah T___T

[ Banner ]




< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya