Khamis, 27 November 2014

Nota | Rahsia Allah, Manakan Kita Tahu..

Bismillah..

[ Kadangkala.. ]


klikk! pada gambar untuk lebih gambar

-
-
-
Kadangkala, 
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.
-
-
-

-
-
-
Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.
-
-
-
Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.
-
-
-
Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.
-
-
-

-
-
-
Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.
-
-
-
Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.
-
-
-
-
-
-
Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas. 
Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,
Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.
-
-
-

Kredit : untuk penulis, info dari Whatsapp Group Serikandi'92

psstt.. kadangkala, kita sukar di dunia tapi di akhirat, siapa tahu.. Dunia hanya singgahan sementara.

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

Give Away | by Nas Honey : Skin Bar Ephyra

Bismillah..

[ Banner ]



Ephyra.

Kenapa ku join Giveaway Ephyra by Nas Honey?

Sejujurnya ku masih mencari produk yang betul-betul akan ku guna sebagai produk yang dipercayai. Setiap kali habis satu produk, ku akan beli produk lain pula. Dan dalam masa 'percubaan' itu, ku pening. Masih belum jumpa yang betul-betul kena dengan kulit ku.

Bayangkan, usia 22 tahun, kulit macam tua 10 tahun! Menjaga rumahtangga, berkejar menyelesaikan tugasan, menjaga 2 orang anak, kadangkala tidak tidur malam, tidur yang tidak mencukupi (antara salah satu punca kulit lesu dan berminyak), ku perlukan sesuatu yang mudah dah cepat. Tak nak produk yang terlalu banyak cara pakainya. Pakai itu, lepas ini, lepas tu kena tepek begini begini. Kemudian menunggu lama untuk hasil yang lambat.

Biar kesibukan dan kelelahan sebagai surirumah yang berkerjaya tidak ternampak di wajah kerana ku perlu memberikan senyuman semangat sepanjang hari kepada 3 orang utama yang berada di bawah tanggungjawab ku ini. Keluarga kecil ku.

Andaikata ku terpilih sebagai salah seorang pemenang bertuah Ephyra, adalah rezeki untuk ku melihat sejauh mana keberkesanannya yang pasti akan ku kongsi dengan ibu-ibu muda macam ku juga kerana setakat ini ku sudah serik untuk membeli produk baru yang diwar-warkan kemudian kecewa.

Memey? Memang nampak lain wajah Memey membuatkan ku yakin untuk mencuba produk ini nanti. Lagi-lagi muka Memey bila dia tak pakai mekap pun!

Pada kawan-kawan blogger yang ada masalah sama macam ku, jom rebut peluang ini cepat. Tinggal sehari sahaja lagi!

Ku pun baru baca tentang Giveaway ni di blog Encik Azman. Payah nak online sekarang. *pheww* mujur ada apps Blogger.

Good luck buat kesemua peserta!


[ Tarikan Ephyra ]


Ya, memang banyak kelebihan dia dan ku pasti sudah ramai yang membaca kelebihan-kelebihannya jadi ku senaraikan antara kelebihan yang betul-betul membuatkan ku ingin menjadi sebahagian dari Ephyrisss ^^

+ berfungsi dengan begitu pantas dalam 1 malam sahaja!
+ tidak mengira umur, jantina atau jenis kulit, kandungannya adalah SEMULAJADI dan BERKUALITI TINGGI (rujuk column soaljawab di bawah)
+ boleh campur dengan toner atau produk lain
+ boleh digunakan di seluruh badan. (hmm.. mungkin boleh menghilangkan masalah ibu yang pernah mengandung, kan?)
+ tiada kesan sampingan
+ TESTIMONI! Keberkesanan produk mesti dilihat dari maklumbalas para pengguna.

Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )
awesome kan?
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  12. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  13. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  14. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  15. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)

wahh sangat kan? *haha*

psstt.. untuk kulit yang gatal-gatal pun boleh tau..

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..



Rabu, 26 November 2014

Birthday Giveaway | by Yana Pink Blossom

Bismillah..

[ Banner ]



Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom secara rasminya dilancarkan hari ni. Giveaway ini adalah bersempena dengan sambutan hari lahir Yana pada 17 November ni. Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menyambut hari lahir pada tahun ni...Insyaallah. 

Giveaway ini akan berlangsung sepanjang bulan November sahaja iaitu pada 1 November 2014 (12.01 am) hingga 30 November 2014 (11.59 pm). Jadi semua bloggerista yang cantik, manis, kachak dan hensem...Yana sukacita menjemput korang untuk join GA ni yer. Bagi menghargai penaja-penaja yang baik hati untuk menaja hadiah-hadiah GA ni, so...korang kena lah ikut syarat di bawah yer :-

SENARAI HADIAH :

Mystery Gift x 1 Top Referral [Yana Afi]
Blog Review x 2 dan Bloglist x 3 [Syira Lokman]
Kain Telekung Sulam x 1 [Hasrul Hassan]
1 Mineral Eye Colour Mary Kay + 1 Free Facial dan 1 Lip Applicator Mary Kay + 1 Free Facial
[Sofuriah Hashim]
Topup RM5 x 2 [Syahira Nadia]
Topup RM5 x 1 [Izwani Eliyana]
Barangan Kosmetik x 1 [Love Lissa]
Shawl x 1 [Amy Shah]
Blog Review & Bloglist x 3 [Wadhihah Hadi]
Novel + Autograf Penulis Eksklusif x 2 [Anies] 

Nak join? Klik Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom.
Good Luck!!!

..........

YANA AFI [error] | SYIRA LOKMAN  [/]| HASRUL HASSAN [/]| SOFURIAH HASHIM | IZWANI ELIYANA [/]| SYAHIRA NADIA [/]| LOVE LISSA [/]| AMY SHAH [/]| WADHIHAH HADI [/]| ANIES [error]


[ Ucapan ]


Dear Yana..
Tiada ucapan lebih bermakna selain doa.
- Happy birthday - Selamat Hari Lahir - Selamat Hari Jadi - Selamat Ulangtahun - Allah Selamatkan Kamu -

Yana.
Kadangkala mereka yang lupa memberi ucapan bukan kerana mereka lupa.
Kadangkala mereka yang selalu tidak terlepas dari mengucapkannya,  tidak juga selalu ingat.

Yana.
Hakikat hidup semakin terserlah.
Semakin meningkat usia bermakna sudah banyak masa berlalu.
Kita semakin dekat dengan Dia.
Kita takkan hidup selamanya.
Semoga dapat terus hidup bahagia biarpun selepas takdir dunia berlalu.

Yana.
Kita saling tidak mengenali
Tapi ku yakin Yana seorang hamba Allah juga
yang ada perasaan, yang ada keinginan serta harapan
Semoga hari yang akan datang akan menjadi lebih baik

Yana.
Ujian dan kesusahan akan terus ada.
Itulah yang akan membuat kita lebih meghargai hidup dan mereka yang hidup bersama kita.
Dan kesusahan itu juga akan hilang,
seperti selepas malam datangnya siang.


Yana.
Kita juga akan terus membuat silap.
Tapi biarlah ia menjadi guru dan pengajaran.

Bukan menjadi aib yang akan datang.

Yana.
Kita akan terus sakit dan disakiti.
Janganlah kita yang menyakiti.
Jika terluka, ada masa perlu diketepikan kekuatan yang kita pertahankan.
Kerana Allah anugerahkan air mata,
untuk kita menangis..
Mengadu pada Dia.
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan.


Yana.
Sebelum ucapan berjela ini berakhir,
ku selit harapan di sini.
Agar Yana kekal menjadi orang yang dikasihi dan mengasihi.
Agar Yana berjaya di dalam hidup, dunia akhirat.
Memberi manfaat pada orang lain.
Tidak keliru dalam membuat pilihan.
Tidak 'hilang' tanpa perhatian Allah.

Yana.
Semoga usia yang panjang penuh dengan manfaat,
sebab kita selalu lupa, hidup ini sebenarnya terlalu singkat.
Sekelip mata.

Selamat Hari Lahir, Yana.
Semoga kekal senyuman itu.


Dari kenalan maya,
Hzinnirah.


Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

1st Giveaway | Sayang Anak by Mama Muiz

Bismillah..

[ Banner ]



"Walid, boleh ibu belikan nugget untuk Atim sebelum kita balik nanti? Kesian dia tak ikut kita pun." Waktu itu, biji mata ku bergerak-gerak mengikut lincahnya tangan si peniaga pasar malam mengasingkan beraneka jenis nugget, bebola dan makanan yang bermacam warna serta perisa.

Terasa lengan ku dipaut, ku mengalihkan pandangan pada Encik Q yang kelihatan agak kepenatan. Maklumlah, pulang dari tugasan terus berjalan di pasar malam yang sesak ini.

"Ibu selalu sangat belikan ole-ole untuk Atim setiap kali kita keluar tanpa dia. Bukan tak boleh, bukan tak sayang tapi jangan jadikan kebiasaan pada anak tu."

Ku menelan air liur. Gerun pula tengok muka serius dia. Dalam gerun itu pun, ku masih menjeling bebola ikan yang memukau. Pasti Atim suka!

"Ibu, yang susah nanti bukan kita tapi dia juga. Bilamana suatu hari kita jatuh susah atau kita terlupa beli ole-ole untuk dia, kan nanti dia jadi hampa dan kecewa? Rasa tidak diingati."

"Dan tidak mustahil, dia akan tetapkan di fikiran, ukuran kasih sayang ibu dan walid dia adalah dari kebendaan."

Ku diam. Di dalam hati, ku berbisik halus, "Kan kecil lagi.. baru 2 tahun."

"Kesan didikan paling mendalam adalah waktu dia masih kecil, ibu." Bagai mendengar isi hati ku, Encik Que berkata lagi di dalam keriuhan antara peniaga dan pelanggan. 

Ku tersenyum. Terima kasih, Tuhan kerana mendatangkan seorang suami untuk memberi peringatan. Kami memang bukan ibu bapa yang terbaik tapi pengalamanlah yang banyak ,engajar kita berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik. Mengajar kesan perbuatan kita pada anak kecil.

Buktinya, ku masih hafal lagu 'Anak Itik Tok Wi', 'Satu Satu Sayang Allah', 'Pukul 6 Pagi' dan lain-lain lagu kanak-kanak berbanding dengan lagu-lagu yang ku dengar di usia pertengahan remaja. 

=====

banyak cara untuk kita meluahkan bagaimana sayang kita pada anak. Tidak kiralah anak kandung, anak tiri, anak buah atau apa-apa anak pun tapi percaya atau tidak, ada sesetengah kasih sayang itu mampu merosakkan mereka.

Dari apa yang sudah ku lalui, ku dapat lihat bagaimana kasih sayang pada anak itu bertukar menjadi sesuatu yang begitu menakutkan.

Ada yang terlalu sayangkan anak hingga tidak nampak kesalahan yang dibuatnya. Kadangkala, dia tahu tapi hatinya menafikan dengan berpura-pura tidak melihatnya malah meletakkan kesalahan pada orang lain.

Ada yang terlalu sayangkan anak hingga anak dikongkong sehingga tiada ruang untuk mereka mencuba dan menikmati keputusan sendiri. Lupakah kita, kesilapan adalah guru terbaik. Sekali sekala mereka perlu diberi kebebasan untuk memilih.

Ada yang terlalu sayangkan anak hingga anak dimanja, dibelai terlalu lembut, semua kemahuan dituruti malah ada yang tidak pernah memarahi anak sedikit pun.
Lupakah kita, kesusahan guru terbaik untuk mereka lebih menghargai kehidupan.

Apa-apa pun latarbelakang kita, asalkan kita ada cita-cita yang bersih untuk anak-anak kita, cukuplah dengan panduan yang Allah sudah bagi.

Kaya, miskin, berlainan bangsa, berlainan budaya, anak pertama mahupun anak yang ke12, didikannya tetaplah..

"Awal-awal agama mengenal Allah."

bukan 2NE1, Justin Bieber, Elsa apalagi teknologi.


sempurnakan diri kita melalui
anak yang bersih.


psstt.. hari tu tengok rancangan kanak-kanak sembang tentang tajuk Obses. Menakutkan bila tengok kanak-kanak sudah berfikiran remaja, remaja sudah seperti orang dewasa. Yang dewasa? Jadi kanak-kanak??

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

Ahad, 23 November 2014

Cabaran | Nov : 11 Menu Pasar Malam | Inspirasi Sis Khaty R'Bain

Bismillah..



Kak Kathy ada bagi cabaran November. 11 senarai idea untuk karang entri. Tapi, ternyata ku tak sesuai nak sertai Day Challenge bagai ni sebab bukan setiap hari dapat menatap laptop.

Lagi pula bila ku baca, ternyata bukan semua boleh ku tulis. Contohnya 11 filem kegemaran, oh, ku bukan kaki filem. Kering idea nak menulis. Lepas tengok cerita best, lupa terus tajuknya. 11 artis kegemaran, lagilah tak tahu. Ada la suka beberapa retis macam pelakon Zaryn Minn, Johan RL, penyanyi seperti GH, RH, OST (lagu-lagu tertentu) dan errr..

Tapi, alhamdulillah ada peluang untuk menulis salah satu tajuk dari 11 senarai tu [ 11 Jenis Buah Yang Disukai ] tapi ku tulis dulu idea yang diubah sikit dari idea-idea Kak Kathy ini. Dan haruslah tentang makanan. *hewhew*

Maaf ya Kak Khaty ubah-ubah sikit idea akak ni.


Dan rasanya macam seronok pula bila menulis tentang makanan, ala-ala macam Heliza dan Farah dalam Rasa Halal Orient tu. Boleh feeling feelong macam Oasis. (^__^)v terima kasih untuk idea ini ya, Kak Kathy.

Kalian-kalian yang rasa macam perlukan 'batu lompatan' untuk entri sepanjang November, klikk! banner ini. Jom sahut 11 Days Challenge ini. Jangan risau, selang sehari dua setiap entri pun tak apa. Kak Kathy tak marah pun.

Ku khususkan makanan dalam kategori Pasar Malam! Anak Malaysia mana yang tak suka pasar malam? Eh, adalah sangat.. *hehe*

Ini adalah antara entri yang memerlukan banyak blogwalking. Terima kasih untuk semua blog yang terlibat ^^

[ 11 Menu Pasar Malam Kegemaran ]


Suatu hari di Subiaco Central Market, Perth, sedang leka melayan pelanggan berkulit ptuih yang sangat sukakan nasi lemak dan nasi beriyani, ku menerima kedatangan seorang lelaki berambut perang panjang hingga paras pinggang. Kaya dengan senyuman, ku tahu dia adalah pelanggan setia yang selalu take away murtabak dan satay.

Tidak lama kami berbual, dia bertanya,

"Awak dari Malaysia?"
"Ya, awak pernah ke sana?" ku membalas dengan pertanyaan.
"Sudah tentu!" lebar senyumannya. Tak ada gaya rock langsung walaupun berambut panjang.
"Boleh saya tahu, apa yang ada di Malaysia yang tiada di Australia? Sesuatu yang awak rindukan dari sana?"

Dia berfikir sejenak. Sesekali dia menghidu aroma murtabak yang berasap nipis di dalam beg kertas.

"Haaa! Pasar malam!"
"Sekarang bukan ke awak berada di dalam suasana pasar malam?"
"Ternyata tidak! Pasar Malam Malaysia adalah berbeza! Saya suka pasar malam!"

Dan, ku tersenyum. Ku sayangkan negara ini. Mencintai negara salah satu dari perkara yang melengkapkan iman, bukan?

*perbualan di atas adalah terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia.

klikk! di sini untuk lihat suasana SUBIACO : Part 1 - Part 2

[ 11 ] Keropok Lekor



kredit : Real Estet


Antara menu-wajib-beli bila berkunjung ke pasar malam. Ada 2 versi. Tebal dan kurus serta sesuai dihidangkan kepada tetamu.

Kegemaran ku adalah bila keropok lekor dicurahkan sos ke atasnya biar meresap sampai ke isi dalam. Begitu juga yang nipis. Kurang gemar makan bercicah. Suka curah sos sampai hilang kerangupannya.

Dulu beli dengan harga sepuluh sen, kemudian naik sikit, 7 batang RM1. Naik lagi 5 batang RM1 dan baru-baru ini ku jumpa harganya 6 batang RM2. Haihh.. Tak mustahil boleh naik sampai sebatang RM1.

Rasa : sedap dimakan panas-panas, lembut di dalam rangup di luar. Sos yang cair berbanding sos biasa, memberi rasa cili untuk keenakan ikan yang bercampur dengan kekenyalan dari bancuhan tepung.

[ 10 ] Apam Balik


kredit : Mama Tucen

Terbalik kanan, terbalik kiri. Apam terbalik balik memang pilihan dari kecil. Mungkin sebab aby ku selalu beli, sudah jadi makanan-wajib-beli bila kami ke pasar malam. Sekarang sudah wujud macam-macam perisa. Tapi setakat ini ku masih setia dengan apam balik original, lebih-lebih lagi kalau jagungnya banyak!

Biasanya harga hanya sekitar RM2 untuk 4 keping nipis dan RM2.50 untuk sekeping saiz besar.

Sesuai dimakan di waktu minum petang, dalam hujan sejuk-sejuk dan sesuai dihidang pada tetamu.

Kalau kalian sudah beli makanan berat seperti nasi ayam, nasi ayam berempah, mee goreng dan lain-lain, apam balik mungkin patut diletakkan dalam list KIV sebab kalau beli sekaligus, ianya akan men-spoil-kan salah satu menu.

Contoh, kalau makan apam balik dulu, selera makan akan berkurang sebab dah kenyang. Kalau makan nasi dulu, memang dah tak boleh masuk apam balik. Muak.

Antara perisa yang ada :
Coklat
Cheese
Pandan
Pandan Coklat Rice

Dan ku pernah makan satu perisa yang memang memukau. Perisa yang mesti kalian cuba. Apam Balik Pulut Hitam. Kedainya area Upsi di Tg Malim.

Rasa : sedap dimakan panas-panas, gebu dan lembut tepungnya dicampur rasa lemak manis gula dan jagung.  Bagi yang sukakan rasa rangup dan lemak lembut, boleh makan yang versi nipis. Mengenyangkan.

[ 9 ] Bihun Sup


kredit : TopMum
Mungkin terikut-ikutkan En Q. Bila pergi pasar malam, mesti akan duduk di gerai bermeja dan makan bihun sup di situ. Pilihan ku, Bihun Sup Perut (=^-^=)v

Rasa : sama saja sebenarnya tapi suasana yang memberi lebih 'feel'. Setakat ini yang terbaik adalah di Jitra, Kedah. Sos merahnya memang pum pam!

[ 8 ] Sweet Corn


kredit : Kisah Kita
Dari pengalaman ku sebagai peminat tegar Sweet Corn, tips untuk membeli Sweet Corn terbaik adalah

1. Jagungnya gemuk-gemuk, bulat dan padat
2. Kuningnya menyerlah, tidak pucat
3. Bila dipicit, keluar airnya


Jadi, bila kalian tengok pekedai tu buka penutup pengukus, perhatikan keadaan jagungnya. Pelanggan berhak mengetahui kondisi makanan yang dipesannya, kan?

Customer is always cekadak right.

Rasa : dimakan panas-panas, sesuai dalam perjalanan ke suatu tempat yang jauh, makanan santai, ianya memberi 'feel' atau 'mood' baru pada diri. Kehangatan airnya apabila pecah digigit bercampur dengan lemak manis dari garam dan susu pekat, boleh membangkitkan mood ceria. Jika kalian memandu, boleh segarkan diri semula.

[ 7 ] Murtabak


kredit : Selipar Toilet

Susah nak jumpa murtabak yang lebih banyak isi daging/ayamnya. Selalunya bila makan, rasa kubis dan kentang lebih menguasai.

Rasa : emmm.. Rasanya macam 'Ramadhan' kan? Bila makan, memang ada rasa 'throwback'.

[ 6 ] Kuew Teow & Maggie Kuali-Besar-Punya


kredit : Yahoo! News
Sebenarnya nama ni ku reka sendiri. Bertahun-tahun ke pasar malam, ku tak pernah terfikir untuk mencuba menu ini. Hinggalah Ramadan lepas, ku menanti En Q habis membeli, ku tunggu En Q tidak jauh dari gerai ini. Selama menunggu, tengok sendiri secara live bagaimana penjual itu membuka satu persatu bungkusan kuew teow, campak itu campak ini, kacau-kacau, 3 minit sahaja sudah siap satu kuali-besar-punya kuew teow goreng! Semudah 1-2-3. Tak payah rasa-rasa pun. Pro!

Ada 4 kuali. Mee Goreng, Bihun Goreng, Kuew Teow Goreng dan Maggie Goreng.

Rasa : memang berlainan dengan kuew teow yang digoreng dalam kuali kecil dan rasa kehangatannya. Cuba sendiri (=,<)

[ 5 ] Kepak Ayam Madu


kredit : Segalanya Intan

Menu ini walaupun jarang dibeli tapi selalu menjadi sasaran. Dengan asapnya yang seakan mengejar kita supaya tidak berlalu begitu sahaja, siap melekat lagi kat baju hinggakan bila sampai di rumah, rasa rugi pula tak beli tadi. Warna merah menyala dengan tompokan hangit membangkit selera. Ku selalu pilih kepak ayam yang bersaiz kecil.

Makanan yang 'bersepah'. Perlu bersedia untuk mengotorkan kedua belah tangan dan kurangkan level keayuan makanya lebih baik makan di rumah sahaja. Risiko sos terkena tudung dan tercekik tulang juga berkurangan. *hihi*

Rasa : saat inilah madu berperanan. Bergaul dengan rempah cili, asap arangnya menaikkan rasa ayam itu sendiri. Lebih segar ayam itu, lebih rasa madunya.


[ 4 ] Air Tebu


kredit : Leeyana Aziz

Berdasarkan pengalaman juga, beli air tebu yang warnanya hijau pekat. Biasanya kalau hijau kekuningan atau hijau coklat, rasanya sudah tidak 'mantap' seakan terlalu tua dan kehilangan rasa asli tebu itu sendiri.

Rasa : menyegarkan!

[ 3 ]  Tepung Pelita


kredit : Its My Life

Pernah ada satu era di waktu Ramadhan, Tepung Pelita Paya Jaras. Memang sedap. Setiap hari di bazaar Damansara tu, mereka jual berbekas-bekas. Ku agak dalam 500-1500 biji sehari mereka jual.

Dulu ku gelarkan namanya kuih sampan. Sebab bentuknya macam sampan. Memang kegemaran dari kecil. Tapi kalau terbeli yang versi bajet-bajet (tak cukup bahan) memang rasa membazir sangat.

Rasa : lemak manis. Sedap dimakan pada suhu bilik mahupun sejuk. Keseimbangan lemak masin bahagian putih dan lemak manis bahagian hijau memberi rasa 'light and joy' ditambah lagi dengan wangian daun pandan asli memberi rasa 'desa'.

[ 2 ] Spin Potato/Kentang Pusing


kredit : Eyfa Alia

Menu ini bukan Kentang Putar ya. Tapi kentang yang dipusingkan sampai jadi berkeping-keping. Pertama kali rasa benda alah ni di Pasar Malam Padang Sera. Waktu itu, harganya masih RM1. Baru-baru ni beli di Pasar Malam Subang, dah jadi RM2 tapi rasanya masih sedap!

Rasa yg memukau bila digabungkan sos dan mayonis kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik yang panjang. Mudah untuk makan (^^,)

Rasa : Rangup dalam kelembutan, rasa lemak manis dan bau kentang yang meresap selera.

[ 1 ] Menu Baru!


Setiap kali berkunjung ke Pasar Malam, ku akan cari menu baru. Makanan baru. Mungkin yang pelik. Mungkin yang tak pernah hendak dicuba.


Jadi, buat peniaga Pasar Malam sekalian, jangan takut untuk berinovasi dalam perniagaan kalian. Ramai pelanggan sudah berani dan mahu mencuba sesuatu yang baru.

Keseluruhannya, inilah entri ajet-ajet makan macam orang lain tak pernah cuba. ?*hihi* have fun! release..

psstt.. buat peniaga pasar malam, juallah makanan yang dimakan, bukan hanya utk dijual. pelanggan akan sanggup datang semula. ^^,

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

Giveaway | RM100 Daripada Blog Portal Pengembara Jalanan

Bismillah..

Dulu, RM100 di tangan sudah cukup besar. Kalau beli barang dapur, memang puas hati. Cukup bahan basah, bahan kering.

Tapi sekarang, barang basah sahaja tidak cukup RM100 untuk sebulan dalam purata 2-3 orang makan.

Ada waktu, nak dapatkan RM100 payah tapi sekelip mata lesap. Duit macam air hujan rintik-rintik. Lama hendak ditadah hingga penuh tapi sekali tuang, habis semuanya, kan?

Apa-apa pun, tuah manusia siapa tahu jadi apa kata kalian yang masih belum join atau rasa nak cuti sekejap dari Giveaway, apa kata meriahkan sama Giveaway ini sebab syaratnya cukup mudah! Sesuai untuk sesiapa yang nak join Giveaway tapi tidak ada masa yang banyak atau line internet tidak membantu.

[Banner ]

serius, inilah banner paling sempoi setakat ku join giveaway ^^,
Klik banner untuk join

Senarai filem melayu yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung 2014/2015

  • cicakman 3
  • dendam orang mati
  • anak jantan
  • lelaki harapan dunia
  • manisnya cinta di cappadoccia
  • hanyut 
  • gila baby
  • nota
  • suami aku ustaz
  • balun
  • bravo 5
  • hantu bungkus ikat tepi
  • dollah superstar
  • juvana 2
  • kelibat
  • tuli sekampung
  • terbaik dari langit
  • 1,2 jaga

Syarat-syarat penyertaan :

  1. Copy kod HTML dan paste kan di entry
  2. Tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan
  3. Follow blog Portal Pengembara Jalanan di Google Friend Connect
  4. Tinggalkan link url entry korang di ruang komen.
  5. Link kan banner ke entry ini.

[ Tag ]



psstt.. dah lama sangat tak menonton filem.

 Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

Simple 1st Giveaway | Segment by Beba Ifa

Bismillah..

Hidup biar sederhana. 
Simple
Biar kaya, tidak perlu sarat dengan emas permata di badan. 
Kalau miskin atau susah, jangan sampai hilang Allah dari jiwa.

Simple itu ringkas.
Simple itu mudah.
Simple itu sederhana.
Simple itu...

Chachannn (bunyi iklan Febreeze)

Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa. 


[ Banner ]


Tag :
Aksara Biru

psstt.. biar simple, asal tidak riak.

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

First Giveaway | by Erza



Dulu, waktu anak pertama, dalam pantang dah rancang nak menjahit, menulis, menaip, sketching dan belajar mengait. Sekali, hamekk.. marah mak mertua sebab semua tu tak boleh buat sepanjang tempoh berpantang. Serius?? Rasa nak cakar dinding (Y-Y)

Dalam berpantang tu, tak menahan jugak. Menjahit sikit, menulis sikit dan menaip. Sketching dengan kait je tak lepas. Ternyata, cukup habis pantang, power rabun ku naik mencanak! Cermin mata putih yang lama dah tak boleh pakai.

Tengok muka Encik Q pun dah tak nampak sebiji-sebiji hidung dan matanya. Misai apalagi, kan?

Jadi, masuk saja mood berpantang anak kedua, segala buku semua tolak tepi. Ku belajar menikmati 'percutian' yang Allah beri. Alhamdulillah, cermin mata lama masih boleh pakai.

Bila tengok Giveaway sepanjang tuan tanah berpantang, rasa macam nak pantang jugak saja.. hmmm....

Apa-apa pun, tahniah buat Kak Erza untuk baby yang baru tu! Semoga kita semua mampu menjadi ibu bapa yang berserah diri pada Allah dalam mendidik anak ^^,

[ Banner ]

First Giveaway By Erza 

*** sempena kelahiran putera kedua***




1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "First Giveaway by Erza" dan 
letak banner di atas, backlink ke entri ini


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!


psstt.. biarpun sudah habis berpantang, pemakanan tetap kena jaga demi penjagaan dalaman tubuh juga luaran.

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..


Sabtu, 22 November 2014

Friends Giveaway | by AinaRahim | Ada Kawan? Baca Ini

Bismillah..

[ Banner ]



Sebagai seorang sahabat yang rapat, saya perlu....

Percaya dia adalah kawan saya. 
Mengambil berat tentang dia, keluarga dia,
 kegemaran dan kesukaan dia. Senyum padanya biarpun di waktu dia sedang menangis, 
berterus terang bila dia tersilap langkah.

Dan, saya perlu bergaduh dengan dia, berdebat kata, 
menjelirkan lidah kepada dia bila dia mula merepek,  
bergosip bersama, tampar bahu dia sekuatnya bila dia 
tidak berkelip menonton drama kegemarannya.
 Saya perlu merelakan jika dia ingin membayar bil makanan
 sebab saya tahu ada waktu orang tidak selesa 
jika kita berkeras mahu membayarnya 
tapi sebelum berpisah saya akan senyum pada dia dan katakan,
 “Kita kawan, kan?” 
sambil menghulur aiskrim Malaysia 20 sen.

(99 patah perkataan)

Eh, ada ke aiskrim Malaysia 20 sen? Hari tu macam dah naik 30 sen (T___T) ‘mahal’nya jenama Malaysia. Lepas ni buat aiskrim sendiri.

Sebenarnya bagi ku, persahabatan itu hanya boleh difahami oleh orang yang sudah bersahabat selama bertahun-tahun. Sesungguhnya, SAHABAT dan KAWAN sama ertinya namun lain maknanya. Kadangkala orang salah melabelkan antara KENALAN, KAWAN dan SAHABAT. Cukup bergelar sahabat, tidak perlu lagi perkataan karib, rapat atau baik selepasnya.

Kawan baik : Sahabat
Kawan rapat : Sahabat
Kawan karib : Sahabat
Kawan makan kawan : Sumbat!



Kata Imam Al-Ghazali :


Pilih kawan yang BERAKAL :
Jangan pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati

Pilih kawan yang BERAKHLAK :
Jagan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya

Pilih kawan yang SOLEH :
Jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kepada kita pekerjaan dosa dan maksiat

Pilih kawan yang BERSEDERHANA :
Jagan dipilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah

Pilih kawan yang BERCAKAP BENAR :
Jangan pilih kawan yang suka berbohong kerana akan memusnahkan jiwa

Tapi, janganlah sampai rasa diri kita baik sangat hingga pinggirkan orang lain. Mana-mana kawan yang mempunyai sifat-sifat negatif, biarlah kita menjadi kawan yang POSITIF kepadanya.

Semoga bermanfaat!


Sumber Gambar : Outdoor Experience | Friendship
by Kakitembak_Fotografi


Psstt.. SKAZ Members selalu diingati sepanjang 13 tahun bersama ^^

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..